Lobster yang paling murah, sedap dan segar di Kota Kinabalu (Kursus bersama Setiausaha MARA)
22 Mei 2015Anak teruna kurang keyakinan diri (Generasi Y vs Generasi X)
25 Mei 2015Darjah selekeh adalah pelbagai. Ada yang selekeh melampau sehingga pegawai dianggap penjual pasar malam. Tidak kurang juga yang selekeh kerana orang sekelilingnya amat bergaya. Seorang yang berpakaian biasa-biasa akan dilabel selekeh.Label yang patut dielakkan ialah selekeh dan tidak mengikut majlis dan persekitaran. Pegawai perhubungan pelanggan di organisasi korporat mesti kelihatan sentiasa bersedia. Dia tidak boleh nampak seperti pembantu kedai runcit di pinggir kampung.
Hafiz CuteCarry telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kursus Protokol, Etiket dan Penggayaan Diri untuk Pelancongan Malaysia. Antara perkara yang disentuh ialah JANGAN SELEKEH. Jika merasa diri selekeh, cuba lihat sekeliling. Adakah penampilan anda selaras dengan kod etika pakaian syarikat. Bagaimana dengan rakan sekerja, adakah anda terasa seperti terasing kerana pakaian anda dilihat kurang menonjol berbanding mereka?
Membina keyakinan diri adalah cara untuk tidak selekeh. Kadang kala kita berpakaian biasa-biasa sehingga selekeh kerana tiada keyakinan diri. Kita terlalu takutkan orang sekeliling mengata atau dilabel over. Adakah berbaloi selekeh kerana terlalu takut kepada pandangan orang lain? Adakah orang lain terlalu hebat sehingga kita terpaksa tunduk kepada persepsi mereka. Jika mereka selekeh, buat apa anda hendak selekeh juga. Cuba lupakan seketika pandangan mereka dan cuba bergaya mengikut kehendak anda.
Jika ada yang mengata anda, berkemungkinan mereka cemburu!
Satu cara lain untuk tidak selekeh dipejabat ialah mempunyai satu set pakaian kapsul. Pakaian kapsul ialah beberapa helai pakaian yang anda boleh pakai berulang kali dalam masa yang singkat. Jika pakaian kapsul anda hebat, tiada lagi definisi selekeh. Pembelian pakaian kapsul ini mempunyai teknik-teknik tertentu. Jangan tersalah beli.
Itu adalah antara beberapa tips yang telah saya berikan pada peserta. Ternyata segala perkongsian telah berjaya mengubah peserta. Ini boleh dilihat melalui maklumbalas yang diterima.
Maklumbalas yang diterima membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik!
Antara komen didalam laman sosial.
Hafiz Cutecarry with Dato’ Ammar, Puan Azah and Siti from Tourism Malaysia. Dato Ammar telah tinggal di beberapa negara, drpd Jepun sehinggalah Rusia. Beliau menghadiri kursus 3 hari kendalian saya di Tourism Malaysia. Ada yg bertanya kenapa Dato nk hadir kursus saya dan jawapannya ialah kerana setiap kali belajar mesti ada benda baru. Dia juga tertarik kerana gaya santai dan berinformatif kursus saya dan dikatakan amat berlainan dgn yg lain. Thank you Dato’!
Two beautiful days with them!
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA