home Training (Career and Grooming talk di UPM) Kenangan zaman-zaman dulu..

(Career and Grooming talk di UPM) Kenangan zaman-zaman dulu..

Kerjaya CuteCarry adalah seorang perunding imej. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pekerjaan pertama CuteCarry ialah didalam bidang perakaunan dan kelulusan CuteCarry ialah Bachelor Degree in Accountancy.

Accountancy dan Image. Mungkin ada yang berpendapat yang seperti Timur dan Barat, negatif dan positif atau gaya berbeza edgy Alexander Mcqueen atau basic Calvin Klein tetapi jika minat boleh melakukan apa sahaja.

CuteCarry telah dijemput untuk mengadakan grooming talk di Universiti Putra Malaysia (UPM).Sebagai bekas lulusan UPM, banyak kenangan lama.Teringat zaman belajar dulu-dulu, ketika hidup tanpa memikirkan apa-apa selain belajar dan duit hendak makan dan membeli pakaian. CuteCarry bukanlah pelajar yang cemerlang, graduate pun cukup-cukup makan. Bolehlah dikatakan yang CuteCarry belajar accountancy hanya untuk dapatkan ijazah. Minat bukanlah perkara utama kerana CuteCarry lebih minatkan fesyen, tapi bukan hendak jadi pereka fesyen..so masih diawang-awangan. Last-last ambil accountancy. Tetapi akhirnya sekarang CuteCarry buat apa yang CuteCarry suka iaitu menjadi seorang perunding imej.

Di talk ini, CuteCarry telah sampaikan cara-cara yang sepatutnya seorang graduan berpakaian dan etika ketika selepas graduate seperti ketika temuduga,  sehinggalah kepada cara hendak menyusun dokumen didalam resume, corporate grooming dan sebagainya!

 

Tetapi ingat adik-adik, belajar elok-elok ye…

Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

Comments

comments

Leave a Reply