Bestnya suara Yuna bersama Owl City, Shine City untuk Untuk Animasi Hollywood The Croods
6 Mac 2013CuteCarry Grooming Talk @ Career Day, International Medical University (IMU)-Kali ke 4!
15 Mac 2013CuteCarry hadir ke sini dengan dua sebab, keutamaan ialah mengendalikan Kursus Sehari Ketrampilan Diri, Power Of Image anjuran Institut Latihan Kecemerlangan Mara dan sebab sekunder ialah ingin makan my fav goreng food of all time, ICT-Ikan Celup Tepung. No place like Terengganu untuk merasa ICT. Tetapi, ketika sampai di K. Terengganu masa sudah menunjukkan jam 5.30 petang dan perjalanan ke airport iaitu lokasi ICT paling enak terasa sangat jauh..
Penyelesaiannya cuma ICT di depan Pantai Batu Burok. Walaupun tak sehebat kawasan airport, bolehlah tahan.Boleh tengok my expression. Luckily my Armani can conceal my feeling!
Tetapi itu semua tidak menghalang semangat CuteCarry untuk melaksanakan satu tugas yang dipertanggungjawabkan iaitu mengendalikan talk Power of Image untuk kakitangan MARA. Seramai 90 orang telah hadir untuk kursus tersebut dan semuanya mendapat cenderahati istimewa iaitu mug Power of Image juga coklat.
Ia adalah mug yang amat simple; putih bersih suci (bak CuteCarry..suci sangat..:p). Tetapi apa yang penting ialah setiap kali mereka minum Nescafe 3 in 1 di office, mereka akan melihat tulisan Hafiz Mustapha CuteCarry.com!
Kursus dilaksanakan selama sehari ini dibuat di Hotel Grand Continental. CuteCarry ke Kuala Terengganu dengan assistant CuteCarry. Sebenarnya memanglah hendak naik kapal terbang tetapi disebabkan oleh masalah masa dan jadual kapal terbang, CuteCarry terpaksa memilih untuk naik kereta. Rabu sampa Ganu, Khamis bag Talk sampai petang dan Jumaat jam 9.00 pagi CuteCarry dah tercacak di Singapore!
Nanti akan diceritakan di entry yang lain tentang perjalanan Cutecarry KL-K.Terengganu-KL-Singapore dalam masa 3 hari!
Orang Ganu ni semua sporting, bagi sokongan sepenuhnya pada CuteCarry. Walaupun hanya sekadar sehari dengan masa yang amat suntuk, sempat berkongsi tentang ABC image iaitu Appearance, Behaviour and Communication.
Terima kasih kepada semua, terutamanya Puan Sofiah Ibrahim kerana memberi peluang pada CuteCarry. Thank you very much!!!
Tetapi mug tersebut bukanlah hanya cenderahati yang diberikan, peserta bertuah yang menjawab soalan mudah juga mendapat Sambal Goreng Kentang Al-Habshee.
Bestkan.. terima kasih la pada Sambal Goreng Kentang AL-Habshee kerana sudi menaja hadiah ini.
Tetapi tidak lengkap ke Terengganu tanpa nasi dagang, walaupun tidak dapat makan nasi dagang Chendering (gosh.. i heard the owner, the petite makcik had passed away, betulkah? If it is true, my thoughts and prayers are with her.)
Jadilah…walaupun tidak sehebat nasi dagang yang pernah CuteCarry rasa…
CuteCarry menganjurkan kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.
List kursus anjuran CuteCarry ialah:-
- Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
- Ketrampilan Diri
- Protokol dan Etiket sosial
- Protokol Majlis Rasmi
- Pengendalia majlis dan acara
- Komunikasi
- Pengurusan Pelanggan
- Pengucapan awam
- Pengacaraan (emcee)
- Penulisan Teks
- Persekitaran dan Amalan 5 S
- Motivasi
- Pengurusan Kewangan Peribadi
- Kepimpinan
- Pengurusan dan Kecermelangan Pentadbiran
- Kecemerlangan penyeliaan
- Pemikiran Kreatif
- Law of Attraction (LOA)