Cute StyleTips: Fasha Sandha mengandung gayakan peplum

Gaya peplum adalah antara gaya yang terhangat pada masa kini. Walaubagaimanapun, ia bukanlah gaya terbaru kerana peplum terkenal sejak tahun 1960an dan mungkin 1950. Ia juga dipanggil overskirt.

Glowing mum Fasha Sandha di sidang akhbar Sidang Akhbar Anugerah Bintang Popular 2012 memakai dress peplum. Memang terlalu cantik dan almost perfect dia memakai pakaian ini. Fasha memakai high waisted peplum dengan simple black skirt. Credit photo to  Ryaniez Moments Photography

Sebelum Fasha dan anda pakai, Saloma adalah pelopor peplum cut. Fashion icon

Ini adalah kerana potongan peplum tersebut memang sesuai untuk wanita mengandung, bermakna disini beliau tidak segan untuk menonjolkan perutya. Tetapi jika anda tidak mengandung, pakai peplum dengan potongan yang salah dan tiba-tiba ada orang tanya

“mengandung ke?”

Haruslah lepas tu rasa runtuhkah segala dunia.. menyesal sejuta kali sebab sebab termakan makanan berlemak dan manis. Terlajak kata boleh diundur, terlajak mulut makan durian crepe gemuk buncit perut!

Antara perkara untuk menggayakan peplum ialah:-

i. Jika punggung terlalu besar, cutting peplum perlulah menutup sepenuh atau punggung. Jika perut buncit, jangan gayakan peplum yang terlalu low waist.

ii. Jika bahu bidang atau buah dada terlalu besar, pakai peplum warna gelap dan seluar yang sedikit terang. Jika punggung besar, pakai peplum warna cerah dan seluar/skirt yang gelap. Tetepi jika anda berpunggung besar, hati-hati memakai peplum.

iii. Gayakan dengan kasut yang TIADA tali yang melintang seperti Mary Jane, ankle strap, gladiator dan sejenis dengannya. Ini adalah kerana peplum tu dah ada garisan diatas baju. Anda akan nampak terlalu busy!

iv. Hati-hati memilih fabrik peplum, kadang-kadang fabrik seperti lycra dan satin boleh menyebabkan kita nampak lebih gemuk.

v. Skirt atau kain yang dipakai seeloknya potongan simple, tidak perlu ada lagi potongan seakan peplum skirt!

vi. Peplum perlulah tidak terlalu besar/voluminous atau anda nampak seperti memakai skirting meja atau langsir bergerak!

Berrybow Rose Peplum top.Beli online di fashionvalet.com

vii.Peplum digayakan dengan skirt yang agak fitted/skinny,jangan pakai skirt yang berenda flowy segala!

Warna ni memang sesuai dengan Nurkhiriah,dia memang nampak cantik tetapi bottom yang kurang sesuai. (credit to Lawa Photography for the image).

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

Terima kasih juga kepada  training provider, ADiRiN HOLDINGS SDN BHD kerana memberi kepercayaan kepada CuteCarry.