home Training CuteCarry Grooming workshop @ UITM: Image Consultant vs Quantity Surveyor

CuteCarry Grooming workshop @ UITM: Image Consultant vs Quantity Surveyor

Kerja sebagai perunding imej adalah kerja yang sangat best sebab CuteCarry dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat; daripada CEO yang gajinya beratus ribu sebulan sehinggalah kepada pelajar universiti yang tidak mempunyai gaji lagi. CuteCarry juga dapat tahu apakah job description pekerjaan dan terbaru ialah “Quantity Surveyor”…

Quantity Surveyor? (cricket sound….)

Call me bimbo ke apa tetapi CuteCarry memang selalu mendengar atau membaca orang yang bekerja sebagai quantity surveyor tetapi apa yang dilakukan mereka memang CuteCarry tidak berapa nak tahu sehinggalah CuteCarry dijemput untuk mengendalikan grooming workshop di Fakulti Senibina, Perancangan dan Seni Ukur, Universiti Institut Teknologi Mara (UITM).

Ada diantara student yang datang ambil course Quantity Surveyor dan mereka menerangkan apakah tugas Quantity Surveyor. Kerjanya adalah berkaitan dengan kos bangunan.  Kerjaya yang agak menarik, tidak banyak berbeza dengan perunding imej yang kerjanya ialah convert USD kepada RM bila tengok kasut-kasut terbaru designer yang baru keluar di net-a-porter atau bluefly.com, tolak harga selepas diskaun untuk baju-baju waktu SALE atau  kira berapa banyak payment credit card yang perlu dibayar atau menganggarkan berapa gaji client sebelum bagi advise atau bawa ke tempat shopping yang sesuai. CuteCarry juga memang pandai agak-agak harga beg,kasut, baju dan sebagainya, anda hanya perlu sebut nama jenama..insyallah boleh tahu range harganya.

Quantity Surveyor…

Ok..sebelum Cutecarry merepek lebih jauh, apa kata tengok gambar-gambar Cutecarry bersama-sama dengan students semasa workshop tu. Didalam workshop ini diajar tentang cara dan etika berpakaian, protokol seharian termasuklah hendak ke interview sehinggalah kepada well….. tips shopping!!!!

Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here

Comments

comments

Leave a Reply