home Training From Sarawak with love; STYLE and FOOD! – Kursus Bersama Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

From Sarawak with love; STYLE and FOOD! – Kursus Bersama Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Agak teruja kerana diberi peluang untuk terbang ke Sarawak kerana sudah hampir dua tahun tidak menjejakkan kaki kesana. CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan kursus untuk Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Peserta datang daripada seluruh negeri di Malaysia, berkumpul di Kuching, Sarawak.

Keterujaan juga lebih memuncak kerana CuteCarry adalah bekas pegawai yang bertugas didalam bidang komunikasi korporat. Agak sebati dengan dunia perhubungan pelanggan, media dan apa-apa yang berkaitan dengan komunikasi Korporat.

Tidak jauh bezanya menjadi PRO dan Perunding Imej. Kedua-duanya melibatkan penonjolan imej yang bersesuaian dengan organisasi kepada pelanggan.

C for CuteCarry from the officers! Pegawai-pegawai ini juga kebanyakkannya agak senior dan kita saling berkongsi pendapat dan pengalaman. Best sangat bila bersama mereka. Memang ketawa daripada mula sehingga akhir!

Jika di Sarawak, memang CuteCarry tidak akan melepaskan peluang untuk makan sepuas-puasnya. I am a big fan of Sarawak cuisines, from mee kolok goreng to midin goreng belacan. Best sangat!

Left Kuih bongkol and right midin goreng belacan. Kuih bongkol tu seakan-akan kuih pelita/limas di Semenanjung dan midin adalah pucuk paku versi Borneo. Memang sedap jika makan dengan nasi putih!

Sebenarnya CuteCarry tidak keseorangan menikmati makanan-makanan best di Kuching. CuteCarry ditemani oleh urusetia daripada JPJ Putrajaya yang best kerana kita semua memang minat makan! Lokasi kegemaran: KUBAH RIA.

Of course, jika tidak shopping item fesyen mesti tidak sah. Sempat beli state of the art silver bracelet dkt area Waterfront, Kuching. RM25 je!! suka, I suka, I suka!!!!

Thank you very much Sarawakians for your hospitality. Million thanks to Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya for the opportunity.

Tetapi ada satu cerita lawak berlaku ketika hari terakhir. Kek Lapis Sarawak yang dibeli CuteCarry tertinggal di hotel! Tidak lah terlalu banyak tetapi jumlahnya adalah sekitar RM95. CuteCarry sedekahkan aje…

 

Airport chic la sangat!!!! Wearing malaysian designer @hntdcloset tie dye top, pair it with marc by marc jacobs. Bye bye Sarawak..

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau emai   training@cutecarry.com   atau  cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

 

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply