Organisasi mengamalkan pelbagai jenis system untuk mengumpul peserta ketika kursus, antaranya ialah dengan mewajibkan kedatangan, menghantar wakil ataupun ‘walk in’. Cara yang terakhir itu agak mencabar kerana peserta mempunyai pilihan samada ingin hadir atau tidak. Oleh itu, pelbagai cara yang dibuat termasuklah menggunakan tajuk yang catchy, topik yang memang popular dan juga erm….. penceramah juga penting. CuteCarry bukanlah hendak mendabik dada tetapi mengikut kata urusetia, terlalu ramai yang mengikuti kursus CuteCarry. Walaupun konsep walk in tetapi urusetia terpaksa menghadkan kedatangan kerana permintaan yang terlalu ramai!! Alhamdulillah….
Gambar hasil daripada instagram peserta yang hadir.Thank you very much!!
CuteCarry bukanlah popular seperti selebriti yang lain tetapi yang penting ialah maklumat yang disampaikan. Jika penyanyi mesti mempunyai suara yang lunak, lagu yang merdu dan persembahan yang menarik pendengar, konsepnya sama untuk penceramah. Penonton akan tertarik untuk hadir jika penceramah mempunyai cara persembahan tersendiri disamping maklumat yang disampaikan boleh diamalkan.
Persoalannya, bagaimanakah untuk mendapat teknik persembahan untuk menarik perhatian yang hadir?
Jawapannya ialah jangan bagi peserta mengantuk dan hasil pengajaran janganlah dicedok daripada buku..pengalaman adalah terbaik.
Alhamdulillah, peserta daipada Negara GoheadGostan, Isketambola bagi pujian pada CuteCarry. Wherever they coming from, just don’t let them sleep during your talk!
Jika anda ingin menjemput CuteCarry mengadakan kursus di organisasi anda (supaya peserta tidak mengantuk!!!), boleh hubungi CuteCarry.
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Leave a Reply