Hamper Famous Amos daripada Puspanita Kementerian Dalam Negeri

Jika ada yang merasa masuk ke rumah CuteCarry dan menyelongkar peti sejuk, mesti akan terkejut dan akan berkata “banyaknya makanan!!!”

Benar, tiada yang lain daripada benar yang rumah, percayalah ohh please (melalut pula!) CuteCarry memang penuh dengan makanan, daripada buah-buahan sehinggalah kepada coklat. CuteCarry memang selalu mencanang  cuba untuk diet tetapi kenapa pula peti sejuk penuh dengan makanan?

Sebahagiannya dibeli tetapi sebahagian besarnya ialah ditaja, hadiah, sedekah, pemberian atau apa sahaja. Selalunya selepas bagi talk atau mengendalikan bengkel, urusetia akan memberi hadiah dan tentunya makanan adalah sebahagian daripadanya.

Tetapi paling menarik ialah sejak akhir-akhir ini CuteCarry macam teringin hendak makan Famous Amos dan bagaikan mimpi setelah habis bagi talk CuteCarry mendapat hadiah Famous Amos.

Law Of Attraction? Indeed!!

Ceramah penampilan diri ini adalah hanya sekitar sejam sahaja tetapi CuteCarry cuba memberikan sebanyak yang mungkin.

Terima kasih semua!!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling individu dan juga untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini