home Training “Hemoi” di Kursus Imej bersama Pejabat SUK Perlis?

“Hemoi” di Kursus Imej bersama Pejabat SUK Perlis?

C for CuteCarry, H for HEMOI.

Satu perkataan baru atau loghat baru yang CuteCarry belajar ketika bersama -sama mengendalikan Kursus Imej Ketrampilan Diri dan Pembangunan Kerjaya untuk Pejabat SUK Perlis. ¬†Perkataan tersebut adalah “HEMOI”. Apakah itu hemoi? Macam-macam pengertian hemoi tetapi apa yang CuteCarry faham ialah mereka yang terlebih ramah, merendah-rendahkan diri atau membuang rasa malu bila bersama dengan orang lain. Jika salah jangan marah sebab CuteCarry bukanlah orang Perlis ataupun Kedah. Contohnya ialah mereka yang bila ada orang yang baru dikenali, dialah yang mula-mula datang memperkenalkan diri, menceritakan segalanya dan buat lawak sampai orang boleh ketawa berdahak-dahak. Ada yang menyatakan hemoi ini orang yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Apakah maksud yang sebenarnya? Jika anda orang Kedah atau Perlis, mesti lebih arif.

Walaupun apa maksudnya, kita perlu hemoi dalam hidup. Hemoi mengikut keadaan supaya kita boleh bergaul dan berinteraksi dengan ramai orang. Jika tiada langsung unsur-unsur hemoi dalam diri, ia akhirnya akan membuatkan kita memakan diri. Kita akan dituduh sebagai sombong, tidak tahu bergaul dan seterusnya akan menyebabkan kita terlepas banyak peluang daripada kenaikan pangkat, perniagaan sehinggalah kepada gagal mendapatkan pertolongan orang ketika kita dalam kesusahan.

Kursus anjuran SUK Perlis ini telah diadakan di Pulau Pinang dan tidak dinafikan orang Perlis memang sangat peramah. Bolehkah dikategorikan sebagai hemoi? Yes.. hemoi jenis yang positif. Best sangat bila bersama mereka, macam-macam  gelarang daripada abangbu-ih sehingga kepada penyeludup! (you know who you are!..LOL).

Terima kasih kepada bos yang sanggup datang daripada Perlis. Cantik paper bag SUK Perlis. Black.. luv..luv..luv. Thank you to En Syed Hamzah yang jumpa CuteCarry melalui blog ini!

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=J1BpiiFSotw[/youtube]

I love you too!!

Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, bolehlah berhubung di talian 019 3290397 atau email cutecarry@yahoo.com

Klik disini untuk senarai kursus yang disediakan.

Klik disini untuk senarai organisasi yang pernah mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry.

 

 

 

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply