Glamorous Secretary Night With Japen
8 May 2020Ada Apa Dengan Self-grooming
17 September 2020Ini adalah persoalan yang paling popular daripada dahulu sehingga sekarang.
Apakah jawapan paling sesuai jika bakal majikan bertanya soalan yang macam-macam. Saya hendak bagi satu tip disini iaitu jangan terus jawab TIDAK TAHU. Itu menunjukkan anda lemah dan tidak cuba untuk berfikir. Cuba jawab secara kreatif kerana kadang kala there is no right or wrong answer.
Hafiz Mustapha daripada CuteCarry Sdn Bhd telah dijemput oleh International Medical University (IMU) untuk mengendalikan Finishing School kepada pelajar tahun akhir secara zoom.
Apa dimaksudkan dengan Finishing School?
Lain negara lain definisi. Dalam konteks ini ia adalah program persediaan untuk pelajar menghadapi dunia selepas tamat pengajian. Ilmu seperti imej, protokol, etiket dan komunikasi merupakan elemen penting untuk pelajar yang akan menghadapi temuduga dan keadaan ketika bekerja. Ramai pensyarah yang prihatin dengan sokongan pengurusan universiti yang sedar akan kepentingan ini dan menetapkan bajet untuk program ini. Mereka akan menggunakan kepakaran daripada luar seperti saya. Bukanlah sebab pensyarah itu tidak pandai tetapi kepakaran dan pengalaman saya lebih dalam bidang itu.
Saya kerap menemuduga calon fresh graduates dan dapat membezakan antara lulusan IPT yang pernah hadir program finishing school berbanding dengan yang tidak tahu pun apa itu finishing school.
Saya juga agak teruja sebab ini adalah TAHUN KE 6 dijemput untuk finishing school IMU.
Tqvm IMU.
To book CuteCarry
training@cutecarry.com
019 337 6807
03 8940 6807