IMAGE training at MY university
16 October 2014Pengawal keselamatan ‘mesra alam semesta’ di Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
19 October 2014
Berehat dan bercuti adalah dua perkara berbeza. Ada diantara kita yang bercuti tetapi tidak berehat. Masa bercuti dihabiskan dengan berjalan ke sana kemari sebenarnya hanya cuti dan bukanlah berehat.
Rehat,satu perkataan yang paling indah. Berehat dirumah bukanlah satu pilihan terbaik kerana CuteCarry akan mencapai laptop untuk membuat kerja. Rehat bermaksud meninggalkan laptop di rumah dan hanya menjawab telefon ketika perlu.
Masa rehat juga adalah sesuatu yang berharga buat CuteCarry kerana jadual kerja yang terlalu padat. Kadang kala hampir sebulan tiada sehari pun masa untuk berehat. Non-stop. Oleh itu, jika hendak berehat, CuteCarry akan ke beberapa hotel untuk ‘destress and sleep!”
Hotel yang dipilih ini adalah berdasarkan kepada pengalaman sebenar berada dihotel-hotel ini. Ia disenaraikan berdasarkan keselesaan dan ketenangan. Hotel yang bising dan penuh dengan pelancong atau bunyi kenderaan bukanlah hotel untuk berehat. Tiada bayaran dikenakan keatas post blog ini dan ia adalah berdasarkan pengalaman ketika berada disana. Kadar bayaran atau sewa hotel mungkin berbeza daripada dinyatakan disini. Well.. I can’t remember everything!
CuteCarry mencadangkan empat hotel untuk anda berehat:-
Planters Country Hotel (Bala Chalet) Cameron Highlands.
Lupakan berkenaan bersesak untuk memetik strawberi atau berpusu membeli sayur. Anda perlu berehat di hotel yang terletak di Tanah Rata ini. Anda akan terasa seperti anda berada di kawasan luar bandar United Kingdom. Pilih bilik hotel yang mengadap taman (garden view) dan tiada apa yang lebih menenangkan daripada membuka pintu kayu dan memandang bunga yang berkembang mekar. Paling best ialah harganya cuma daripada RM130 semalam! Memang sangat berbaloi. Tetapi dari segi makanan, CuteCarry cadangkan supaya membeli juadah di luar (the best ialah pasar malam di Brinchang!) dan makan di taman hotel ini. Menenangkan!But don’t forget to taste the scones here.
Pekan Parr Bungalow, Fraser Hill
Jika disebut berkenaan dengan bungalow Fraser hills mesti ada yang menganggap ia berhant. Sesungguhnya sepanjang CuteCarry bermalam disitu. tiada langsung hantu! Hantu pun takut dengan manusia kerana mungkin perangai dan mulut manusia mungkin macam puaka hantu, oleh itu jangan fikir perkara mengarut. Apa yang ada adalah ketenangan dan kesunyian. Lokasi yang terbaik kerana ia berdepan dengan padang golf dan hanya beberapa langkah dari jam besar Fraser. Ia amat bersesuaian jika anda hendak tidur sepanjang hari dan kemudian berjalan kaki ke bandar hanya untuk makan, kemudian tidur kembali! Bilik amat selesa, luas dan mewah tetapi hanya sekitar RM200 ++ semalam atau mungkin kurang daripada jumlah itu ketika bukan waktu kemuncak! Part kurang selesa ialah siaran TV dikawal daripada bilik ruang tamu utama. Jika ada orang yang menukar siaran, bermakna rangkaian TV anda juga berubah. Tetapi ia tidak selalu berlaku kerana hotel ini tidaklah terlalu ramai penghuni. But hey… who needs TV when you just want to sleep.
Shahzan Inn, Fraser Hill
Fraser agak sejuk dan anda tidak perlu hotel dengan penghawa dingin. Seperkara lagi, jika disebut Bukit Fraser,mesti ada yang cakap tiada apa-apa hendak dibuat. Itu adalah alasan terbaik untuk anda ke tempat ini. Shahzan Inn menawarkan tempat terbaik untuk berehat dan restorannya boleh tahan. I tried the breakfast and it is not bad, not bad at all. Agak kecewa kerana pada sekitar jam 3.00 petang CuteCarry memesan scones tetapi katanya dah habis. Keciwa betul!! Jika kesini, pilih bilik mengadap padang golf kerana pemandangan lebih menarik. Harganya bermula sekitar RM150++. CuteCarry pernah bermalam disini ketika waktu cuti dan harganya hanya sekitar RM212.00.
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Putih sesuai untuk ketenangan. Ia amat sesuai untuk anda yang ingin berehat tetapi cuba minta bilik yang tidak terlalu berdekat dengan kawasan persembahan oleh kumpulan muzik di luar hotel. Bilik berasaskan suasana Perancis dan anda boleh tidur dengan nyenyak kerana tidak terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini berbanding seperti Cameron Highlands. Walaupun tidak ke Perancis, kita boleh ‘feeling’ seperti di Perancis disini!
Ingin bercuti sambil berkursus bersama CuteCarry? Sila hubungi 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah-Pembantu).
Click disini untuk maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini