Imej Korporat untuk pegawai khidmat pelanggan (Kursus bersama Tenaga Nasional Selangor)

Kita sering dikatakan dengan konsep imej korporat. Apakah itu imej korporat?

Adakah ia bermakna anda perlu memakai pakaian ala-ala seperti yang tersiar dalam TV adegan ‘mesyuarat korporat’

Atau adakah baju kurung bukan imej korporat?

Atau adakah perlu mengikuti gaya barat dalam berpakaian?

Jika ana memilih salah satu diatas, mungkin kurang tepat. Imej korporat lebih kepada apakah garis panduan berkenaan tatacara pemakaian sesuatu organisasi. Baju kurung adalah imej korporat jika anda pandai menggayakannya.  Jika ada kata yang tidak sesuai, saya kurang bersetuju. Buat apa hendak membuang budaya kita habis-habisan?

Ada caranya. Jangan terlebih dan jangan terkurang.

 

Itu adalah antara intipati yang telah dikongsikan bersama dengan peserta di Corporate Image for Front Liner/Customer Service Officer bersama CuteCarry untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor.

Konsep ABC – Appearane (Penampilan), Behaviour (Kelakuan) dan Communication (Komunikasi) yang berkaitan dengan IMEJ KORPORAT telah dikongsikan. Terima kasih diucapkan kepada urusetia yang begitu cekap dan profesional dalam mengendalikan kursus ini. Thank you very much to Datuk Ir Mohd Azim, Pengurus Besar TNB Selangor & team.

Seminar ini disertai oleh kakitangan yang terlibat dengan pelanggan, oleh itu pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan pelanggan telah dikongsi bersama. Ia bukanlah hanya sekadar cara biasa melayan pelanggan tetapi lebih kepada cara untuk berinteraksi agar lebih dihormati. Jika pelanggan menghormati kita, mereka akan lebih memberikan kerjasama.

Ada yang berpendapat ‘customer is always right’ tetapi ada had di dalam kepercayaan itu. Sesiapa yang pernah bekerja berhadapan pelanggan memang akan tahu apa maksud had didalam konteks ini. Saya adalah antara yang pernah berurusan dengan pelanggan, ada diantaranya memang tidak tahu menghormati pegawai yang berurusan dengan mereka tetapi jika kita pun tidak menghormati mereka, ini bermakna kita meletakkan diri setaraf dengan mereka. Janganlah merendahkan diri kita. Pengurusan pelanggan yang baik adalah lebih profesional disamping tersemat nilai-nilai etika dan integriti yang tinggi.

 

 

CuteCarry with En Johar, Pengurus, TNB Selangor.

Thank you very much. Hope we can work together again!

Maklumbalas positif yang diperolehi melalui media sosial.

Berminat menganjurkan kursus di tempat anda?

Kepakaran CuteCarry ialah didalam kursus-kursus untuk korporat dan kerajaan seperti perunding imej, keterampilan diri, protokol, etiket, motivasi, komunikasi, neuro linguistic programming (NLP), bahasa badan, pengendalian majlis rasmi dan sebagainya.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA