Integriti Lambang Imej Personaliti

Setuju tak dengan pernyataan di atas? Integriti ialah sesuatu yang tak boleh dijual beli sebab ia datang dari dalam diri. Ha cenggituuu.

Bagi saya, sekiranya kita ada integriti, bermaksud personaliti kita memang ikhlas untuk bekerja. Susah nak cari macam ni sebabtu la ada banyak kes pecah amanah, rasuah, duit kopi. Ingat tau, sumber-sumber haram tu akan jadi darah daging kalau bagi makan keluarga.

Lagi perit kalau dah ditangkap polis dan isteri tak bekerja. Anak pula kecik-kecik lagi. Jangan bila dah terhantuk, baru nak terngadah.

Oleh itu, KPDNHEP melakukan keputusan bijak untuk spread awareness among their staff dengan menjemput Hafiz Mustapha dari CuteCarry memberi ceramah bertajuk ‘Ketrampilan Imej dan Pengukuhan Integriti’.

Tempatnya pula sangat menarik iaitu Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Yeee CuteCarry merantau ke utagha kali ini. Apa khabar orang utagha!!

Mahu menjemput Hafiz Mustapha untuk seminar berkenaan integriti, etika, protokol, komunikasi dan sebagainya?