Musim raya tahun ini adalah musim raya yang agak sibuk pada saya. Sebahagian besar minggu-minggu raya dihabiskan menjelajah Morocco. Sehubungan itu, ada tawaran kursus yang terpaksa saya tolak. Maaf ye….
Saya memilih Etihad Airways untuk penerbangan pergi dan balik Morocco.
Seat luas sesuai untuk kaki saya yg panjang bak Kendall Jenner ni.
Layanan bagus sangat dengan cabin crew yg mesra. Walaubagaimanapun, makanan tak sebanyak seperti lain-lain penerbangan negara-negara Arab lain seperti Royal Jordan & Egypt Air.
Well.. I pun tidur je kan sepanjang penerbangan tak makan pun takpe!
Berbelas jam dalam kapalterbang …
Saya mengendalikan kursus untuk Institute of Medical Research (IMR) selepas sampai Malaysia. Walaupun masih sedikit jet lagged saya tetap mengendalikan memberikan komitmen 100%. Kursus yang dijalankan ialah Train The Trainers (TTT). Saya amat gembira dapat mengendalikan kursus ini kerana saya seorang penceramah dan melahirkan seorang penceramah memang idaman saya.
Punyalah sayang mereka pada saya (hahaha), habis kursus tiga hari dibeli my favourite buah Mempelam kuning yg dibeli di gerai jualan FAMA bawah bilik kursus!
Sedapnyaaaa …
Coaching for Performance.
Institute Of Medical Research with CuteCarry.
3 days course with energetic participants.
Thank you very much semua..
Alhamdulillah. Bacalah komen-komen peserta yg hadir. Tak sia-sia selama tiga hari saya bekerja keras mengendalikan kursus ini. Walaupun masih sedikit jet lagged dan ‘letih berjalan’ sebab baru habis bercuti di tapi kuatkan semangat juga.
I am grateful…
Boleh tonton video testimoni
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=SdaPZOVRCe0[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=1ubBPQhCPxo[/youtube]
Saya bersama usahawan-usahawan 1AZAM anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Wilayah Persekutuan untuk mengendalikan kursus IMEJ & From zero to hero. Saya tahu betapa susahnya mula business dari zero. Saya share tips dan pengalaman saya.
Ada satu rintihan atau faktor yang disuarakan pada saya iaitu
TIADA MASA .
Saya tanya kembali satu soalan.
“Ada masa tak tengok drama pukul 7 atau apa-apa rancangan televisyen?”
Jika ada masa untuk menonton TV ini bermakna anda memang ada masa untuk buat perniagaan. Jika satu hari meluangkan masa sejam untuk business, insyallah dalam masa sebulan atau lebih singkat akan nampak kesan. Orang yang super berjaya selalunya meluangkan masa 8 jam sehari untuk fokus pada bidang mereka. Itu adalah yang tertulis didalam buku How To Achieve Your Dreams daripada Damrong Pinkoon.
Saya mungkin akan cuba untuk menghabiskan masa 8 jam sehari untuk fokus sesuatu. Saya akan cuba. Jika tidak mampu, saya akan cuba dengan 7 jam, 6 jam, 5 jam atau 2 jam. Baik luangkan masa sesuatu untuk mencapai apa yang diinginkan.
Masa adalah antara alasan yang diberikan jika kita gagal atau tidak dapat mencapai sesuatu. Jika masalah masa pun kita tidak dapat nak atasi, bagaimana hendak menghadapi masalah lain yang lebih besar?
Raya & seminar.
CuteCarry with Dr Mohd Norowi. Pengarah.
Seminar CuteCarry bersama Pusat Penyelikan Agro Biodiversiti dan Persekitaran. MARDI.
Reposition Yourself for Success.
Thank you very much..
CuteCarry with Dr Mohd Norowi. Pengarah.
Seminar CuteCarry bersama Pusat Penyelikan Agro Biodiversiti dan Persekitaran. MARDI.
Seminar Transformasi Kerjaya bersama CuteCarry
Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPEIM)
CuteCarry bersama Peserta seminar Puan Umi Kalthom Ahmad ,Ketua Jabatan Penyeliaan & Projek & urusetia Puan Faezah.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=s2mDc43Zh1M[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=0NwWoMGn_P0[/youtube]
Saya rasa terlalu banyak tenaga telah dihabiskan untuk mengendalikan program-program selepas bercuti. Sejurus selepas habis kursus di Negeri Sembilan bersama YAPEIM, saya terasa amat penat.
Akhirnya terjadilah sekali lagi kisah tidur di bawah meja. My staff captured this moment. Tersangat penat sampai tak sedar saya tertidur.
Macam mana nak fokus 8 jam ni?
Jika tidak dapat fokus 8 jam sehari, cuba fokus sepenuhnya 1 jam sehari. Anda akan jadi pakar dalam masa setahun.
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?
Kursus bukan sahaja didalam bidang imej, penampilan, protokol dan komunikasi tetapi pada tahun ini kami mempelbagaikan perkhidmatan seperti kursus MOTIVASI, TEAM BUILDING, NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING, PEMBINAAN KERJAYA dan PELBAGAI LAGI.
Sila klik disini. atau hubungi 012 473 3545 atau 0193290397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.
Leave a Reply