Jalan Jalan Curah Ilmu

cutecarry, training, consultant, grooming, penang

4 September lepas, saya ada personal coaching eh I mean double coaching bersama dua wanita di negeri rempah ratus, Pulau Pinang.

Fun fact: Pulau Pinang asalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Kisahnya, seorang pelayar yang bernama Ragam menemui satu-satunya pulau besar yang terasing sewaktu beliau berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah British datang dan menanam pokok pinang pada tahun 1786.

www.penang.gov.my

Kehadiran saya disana ialah kerana mereka ingin menjadi trainer/ consultant seperti saya.

Semestinya saya lebih fokus pada keperluan mereka. Modul lebih bersifat peribadi. Sambil coaching tu saya pun ambil peluang belajar tentang sejarah Penang dan bersiar siar. 3 hari bagaikan tidak cukup apatah lagi ditemani oleh trainee yang bersemangat dan mempunyai aura positif.

Gendang Gendut Tali Kecapi Kenyang Perut Suka Hati

Alhamdulillah clients merupakan peguam yang sangat baik dan open minded.
Siap belanja saya mee udang lagi ye!

Nak jemput CuteCarry sebagai pelatih dan penceramah bagi latihan di organisasi anda? Dijamin tidak akan menghampakan.  Hubungi CuteCarry sekarang!