Helaian yang paling senang dicari didalam almari pakaian ialah jeans. Siapa yang tidak suka pakai seluar jeans? Sepanjang kehidupan CuteCarry, hanya ada beberapa orang yang tidak memakai seluar jeans dan salah seorangnya ialah my father!
Seluar jeans adalah helaian WAJIB ada kerana ia selesa,tahan lasak, effortless dan paling senang digayakan dengan apa-apa sahaja. Cuma satu sahaja helaian yang tidak sesuai digayakan dengan jeans iaitu JAKET JEANS. Ewww….jeans and jeans just don’t mixed!
CuteCarry mempunyai ramai clients yang pening cari jeans yang sesuai dengan bentuk badan. Terdapat pelbagai jenis jeans dipasaran, daripada skinny, straight, trouser style,boot cut, flare, baggy dan sebagainya . Sesudah selesai masalah mencari jeans yang sesuai, timbul satu masalah baru, kasut apa yang sesuai digayakan dengan jeans tersebut.
CuteCarry is wearing straight cut while model DeeDee Nash and friend in skinny.
Berikut adalah cadangan untuk jenis-jenis jeans dan kasut yang sesuai.
Skinny
Pastikan ia jatuh betul-betul di buku lali (ankle). Jika terlabuh, potong supaya anda nampak kemas.
Kasut:
Choose: Sneakers, Flat, heels, high cut boot. Avoid: Paltform (lupakan Spice Girls!), sandal, office shoes, capal flip flop/selipar jepun!,
Straight cut.
Terasa betis dan paha nampak besar seperti kayu balak ketika memakai skinny? Mungkin straight cut sesuai untuk anda. Ramai memilih straight cut jeans kerana ia hampir sesuai dengan semua bentuk badan.
Kasut:
Choose: Sneaker, flat, heels, Avoid: Platform (move on please), flip flop/selipar jepun, capal (simpan pakai waktu raya nanti dengan baju melayu!)
Trouser style jeans
Jeans ini cuttingnya seperti seluar slack. CuteCarry ada sepasang seluar jeans jenis ni dan dibeli ketika bercuti di China. Cuttingnya selesa dan jika a berwarna hitam, nampak seperti slack pula.
CuteCarry in trouser cut jeans
Kasut:
Choose: Flat,heels, lace up shoes, sneakers, wedges. Avoid: Flip-flop,
Boot cut/flare jeans
Boot cut /flare adalah potongan dimana bahagian kakinya adalah sedikit besar dan memberi ilusi punggung yang lebih kecil. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai punggung yang lebar. Tetapi hati-hati, pastikan labuhnya benar-benar di buku lali, kalau labuh, anda akan nampak lebih gemuk!
Kasut:
Choose: High heels, booted Avoid: slippers, flat, Jangan masukkan fabric kedalam jeans,
Untuk khidmat konsultasi CuteCarry boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here
Leave a Reply