Kuantan: Image classes, shopping dan ketupat sotong!
4 October 2013Tips untuk fitting baju pengantin
7 October 2013Jadual yang agak padat dengan pengendalian kelas-kelas imej dan protokol di seluruh negara. Tetapi seletih mana pun, hati tetap gembira kerana dapat memberikan khidmat, ilmu dan berkemungkinan dapat mengubah kehidupan orang lain. Mungkin ada yang berpandangan daripada segi manakah imej dapat mengubah kehidupan kita? Well… you’ll never know until you change or improve your image!
Kuala Lumpur- Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Tentera adalah mereka yang amat tegas, kemas dan berprotokol. CuteCarry telah dilantik untuk mengendalikan kursus protokol dan etika sosial bersama dengan anggota tentera dan kakitangan awam yang bekerja di Jabatan Hal Elwah Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Veteran? Oh… peserta bukanlah veteran tetapi tugas mereka adalah menguruskan bekas-bekas anggota tentera.
Tentera adalah amat happening.. walaupun mereka nampal serius tetapi we are having so much fun!!
Salute..salute! Macam tu lah baru WORK, LIFE, BALANCE, FUN!!!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=N1BMOUebArk&feature=c4-overview&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
We love CuteCarry from Jabatan Veteran ATM..wah..abang-abang, kakak-kakak askar, I love you too muchhh!!!! (ehh..dalam hati ada taman!)
Pelajar Diploma Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Grace,stylish, great attitude and hardworking. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan seorang setiausaha SUPER!! Tetapi jika setiausaha selekah dan menjawab telefon seperti singa lapar apakah gelaran kepada mereka? Erm. tepuk dada atau dahi, sapukan foundation, sapu lip gloss tanya diri sendiri kan!
CuteCarry gembira dapat berkongsi ilmu selama sehari bersama dengan pelajar-pelajar Diploma Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
TERKEJUT JUGA NAMPAK BANNER DAN BACKDROP STAGE DENGAN GAMBAR CUTECARRY BESAR TERPAMPANG, THANK YOU THANK YOU ADIK-ADIK KU!
CuteCarry bersama-sama dengan pensyarah yang cute dan comel dah macam student. It’s a compliment, tetap awet muda!!!
Committee Ketua jururawat dan gabungan CNA, Seri Manjung, Perak,
Thanks for the fruits basket!
Jururawat juga perlu mempunyai imej yang baik. Jika seseorang jururawat yang selekeh dan suka marah-marah orang, lagi sakitlah orang yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi jururwat di Manjung comel-comel dan baik-baik belaka. CuteCarry gembira bila bersama mereka. Down to earth dan sangat peramah.
Kursus diadakan di Lumut, Perak dan ia mengimbau kenangan kerana keluarga CuteCarry pernah tinggal di sana selama beberapa tahun. Maju dan sejahtera Lumut sekarang!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=7S7qruNoji0&feature=c4-overview&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
Jabatan Metereologi, Petaling Jaya, Selangor
Tahukah anda apa itu Metereologi? Ok.. think-think. Ia bermaksud Kaji Cuaca!!
CuteCarry dijemput kesana bukanlah untuk memberikan ramalan kaji cuaca atau audition jadi “weather boy”. Tetapi jika jadi weather boy (atau pembaca kaji cuaca) best juga kan. Glamour seperti tsunami! Di luar negara, weather girl/pembaca kaji cuaca amat popular dan ada diantaranya menjadi ikon. Mungkinkah pada suatu hari nanti kita akan mempunyai pembaca kaji cuaca yang menjadi ikon? Tidak mustahil jika ada branding dan strategi yang sesuai.
So, atas niat untuk men-glamour-kan orang-orang kaji cuaca, CuteCarry turut menjemput Joey Makeover untuk memberikan praktikal dan teori make up!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=KDpGoDb1lrM&feature=c4-overview&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
Baru boleh cuaca HOT!!!!
Institut latihan kehakiman dan Perundangan Malaysia (ILKAP), Melaka.
Pejabat ILKAP terletak di Bangi tetapi pegawai-pegawai ILKAP telah menganjurkan kursus di Melaka. Peguam memang happening dan mesra. CuteCarry melangkah je telah ditegur dengan penuh mesra oleh peguam-peguam dan tuan-puan majistret yang datang ke kursus tersebut. Special thanks to Puan Rahimah Yeop for the opportunity!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia, (SPA)
Organisasi ini adalah paling penting kerana mereka adalah yang menguruskan pengambilan dan lantikan kakitangan. Paling power!! Terima kasih.. I love you too!!!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=8N4Hp1RtOZ0&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry, hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini .
Beminat mendapatkan perkhidmatan personal styling, click disini