Kepada orang Sabah, CuteCarry kembali lagi untuk kelas penampilan diri di Sabah.
Tarikh : 07 July 2012
Tempat : Tingkat 3,Sedco Wawasan Kota Kinabalu, SABAH
Yuran : Rm350
Hubungi: 0109540995 Pn Hayati
Kandungan meliputi:-
Imej
Peserta akan diterangkan berkenaan dengan komponen imej iaitu ABC; Appearance (penampilan), Behaviour (Kelakuan) dan Communication (Komunikasi)
DILEMMA GAYA
Beritahu apakah dilemma gaya anda, daripada bahagian badan yang anda kurang gemari sehinggakan kepada apakah warna yang sesuai untuk dipakai.
KEBERSIHAN DIRI
Bau badan adalah pemusnah gaya.Kelas ini akan membimbing anda tentang bagaimana untuk menghilangkan bau sehingga kepada bagaimana untuk memilih minyak wangi yang sesuai.
ETIKA PEMAKAIAN
Ia adalah penting untuk kita sentiasa mematuhi etika pemakaian yang telah ditentukan dimajlis-majlis. Kelas ini akan membimbing anda berkenaan YA atau TIDAK berkenaan etika pemakaian ini dan bagaimana untuk memilih gaya yang sesuai, daripada majlis rasmi, temuduga sehinggalah kepada menghadiri majlis perkahwinan teman baik anda!
Tahukah anda bahawa jika anda berpakaian tidak sesuai semasa menghadiri temuduga, anda mungkin akan gagal mendapat pekerjaan walaupun setinggi mana kelayakan anda.
KASUT, BEG DAN AKSESORI
Kasut dan aksesori yang betul and menyerlah gaya anda. Anda akan diberi panduan tentang apakah kasut, beg dan aksesori yang sesuai dengan personaliti dan bentuk badan anda.
PEMAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN
Bentuk badan kita adalah berlainan, ada yang kurus, berisi, gemuk, tinggi dan rendah.Bentuk badan yang berbeza memerlukan pakaian yang berlainan. Kelas ini akan membimbing anda tentang bagaimana untuk memilih pakaian yang sesuai untuk bentuk badan anda. Ia adalah menutupi bahagian badan yang anda tidak suka dan menyerlah bahagian yang menarik pada badan anda.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT TONA KULIT
Adakah anda nampak kusam dengan warna tertentu? Warna yang sesuai menambahkan keceriaan dan menjadikan anda nampak lebih muda bertenaga!
ITEM FESYEN YANG PERLU ANDA.
Anda akan diberi senarai apakah item fesyen yang diperlukan untuk sentiasa bergaya. Percayalah, menjadi seorang yang bergaya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak seperti yang digembar-gemburkan.
PANDUAN MEMBELI BELAH
Ada beberapa petua untuk membeli belah,mental atau fizikal! Peserta juga akan dimaklumkan berkenaan item-item perlu ada untuk tujuan mix and match.
PENGURUSAN ALMARI PAKAIAN
Kunci untuk memilih pakaian yang sesuai walaupun ketika sibuk adalah almari pakaian yang teratur. Anda akan diterangkan bagaimanakah untuk menyusun atur almari pakaian anda.
FAKTOR TAMBAHAN DIDALAM FESYEN
Terdapat sedikit gaya daripada menjadi seperti biasa sehingga menjadi seorang yang berpenampilan menarik.
PROTOKOL DAN ETIKA.
Etika juga meliputi protokol; pangkat, adab, tatacara makan, adab majlis, susun atur tempat duduk, tatacara kelakuan dan sebagainya
Leave a Reply