Keseronokan kerjaya CuteCarry ialah tempat kerja yang tidak tetap dan juga percutian sambil bekerja. Akademi Seni Warisan Kebudayaan Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah melantik CuteCarry untuk mengendalikan kursus Imej dan ia telah dibuat di Glory Beach Resort. Ini bukanlah kali pertama CuteCarry berada di hotel yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ini tetapi kali ini ada keistimewaannya. CuteCarry telah dijemput oleh urusetia ASWARA untuk bersama-sama melihat acara membebaskan penyu kedalam laut lepas! Excited already?
Glory Beach Resort telah membuat satu projek yang amat mulia iaitu menyelamatkan penyu, SAVE THE TURTLES. Sejujurnya sebelum ini CuteCarry tidak pernah tahu yang penyu sebenarnya ada di pantai di PD! Pantai-pantai disana dilihat terlalu komersil dan penuh dengan aktiviti, dimanakah penyu hendak bertelur? Sebenarnya penyu-penyu tersebut ke satu kawasan pantai yang kurang dikunjungi. Walaubagaimanapun, populasi penyu makin menurun (berlaku di seluruh negara rasanya!) dan mungkin kearah kepupusan. Glory Beach Resort telah mengambil langkah untuk membendung masalah ini dan wujudnya pusat pemuliharaan penyu. Jika anda ke sini, anda dapat lihat penyu dibela didalam kolam dan yang paling best ialah anda boleh mengambil peluang untuk melepaskan anak-anak penyu yang comel ke dalam laut lepas.


Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Leave a Reply