Saya terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang artis. Kenyataan adalah seorang PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik kerjanya hanya ‘terperap di pejabat’.
Ini bukan post sentap, marah atau defensive tetapi memberi pencerahan.
Saya juga berharap jangan orang nak kutuk-kutuk atau marah artis ini. Relax ye. Positif. Saya berpendapat mungkin dia tidak tahu.
Sejujurnya saya tidak kenal artis ini kerana ia mungkin artis baru tetapi disebabkan oleh kenyataan beliau terus berminat nak kenal.
Artis ini tahukah apa tugas jawatan PTD?
Saya adalah seorang bekas PTD. Perkhidmatan saya bersama kerajaan Malaysia selama 10 tahun (Gred M41 sehingga Gred M48) sebelum saya meletakkan jawatan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Percayalah adik kerjaya ini bukan ‘terperap dipejabat’.
Saya tidak mahu bagi pandangan pengalaman orang lain tetapi pengalaman saya. Seriously dik, bukan terperap dalam pejabat. Kerja ini memerlukan saya bekerja jiwa dan raga.
Hari minggu selalunya ada program dan memang “tidak terperap di pejabat”.
Cuti kadang kala tidak boleh sebab kena buat program dan “bukan terperap di pejabat”.
Ohh…kadang kala “terperap di pejabat” sebab susah sangat nak balik pukul 5 petang.
Kesusahan dan pengalaman saya sebagai PTD membolehkan saya menjalankan perniagaan saya. Ada orang yang hairan dengan kehidupan ‘hectic’ saya dalam menjalankan perniagaan dan bilakah waktu saya berehat.
Saya hanya berkata ‘waktu kerja PTD dulu dah biasa ni, pagi petang siang malam kerja so dah tak terasa apa”.
Oh.. tahukah anda sapa PTD? Meraka adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang tidak ‘terperap di pejabat”. Antara pegawai-pegawai dibawah skim PTD ialah Duta-duta Negara di seluruh dunia, Ketua Setiausaha (ketua kementerian-kementerian), Ketua-ketua Pengarah (Ketua jabatan), Pegawai Daerah (DO- District Officer), pegawai-pegawai di kementerian, jabatan dan agensi. Mereka adalah PTD. Ada yang bertugas mewakili negara untuk isu-isu penting daripada di Geneva sehinggalah di United Nations (UN).
VIP kerajaan Tan Sri, Dato Seri, Dato tu ramai PTD. So, janganlah bagi mereka kecil hati. Kerja kuat tau mereka.
Memang tak terperap.
Ini adalah contoh pandangan sesetengah masyarakat tentang tugas penjawat awam. Ini bukan hanya untuk jawatan PTD tetapi untuk semua penjawat awam. Ada yang kata malas buat kerja, tiada kerja, boleh minum bila ada masa dan pelbagai perkara negatif.
Mungkin yang dilihat malas buat kerja tetapi tidak bolehlah nak masukkan semua didalam kategori itu. Ramai yang bekerja keras meninggalkan keluarga dan segalanya.
So, jangan berpandangan negatif.
Btw.. kalau nak kerja PTD kena lalui beberapa langkah seperti peperiksaan bertulis, ujian tiga hari dua malam dan kemudian temuduga.
Jika lepas ketiga-tiga bukan bermakna anda dilantik tetapi kena hadir kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan. Zaman saya dulu sangat berat, kena jadi pegawai, polis, askar, bomba, penempatan daerah dan macam-macam aktiviti). Jika berjaya baru boleh dilantik sebagai PTD.
Jika anda boleh lalui atau lulus semua ini baru boleh komen samada terperap di pejabat atau tidak.
Saya tidak lagi bekerja sebagai PTD tetapi terima kasih kepada jawatan ini. Banyak saya belajar, daripada KPI, NKRA, buat budget, meeting, protokol, etiket, perhubungan awam sehinggalah kepada imej.
Bulan puasa lepas adalah amat busy untuk saya kerana memenuhi undangan mengendalikan program di seluruh negara.
Thank you Puan Azian. Pengarah Kanan Latihan FAMA.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=gEn1uT5KbhY[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=9WY9tECxKjw[/youtube]
BRANDING & NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING di CuteCarry Academy.
Unit Trust Ampang Branch untuk IMAGE ABC branding course.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=K5E7GF7vYTQ[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=lFW0enJwY9o[/youtube]
Tqvm Datin Sri Fiona Sin, isteri kepada Menteri NRE dan Datin Sri Noridzan for the invitation.
Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),Putrajaya bersama CuteCarry untuk seminar Imej & komunikasi.
CuteCarry @ RHR HOTEL UNITEN BANGI (formerly known as Residence Hotel UNITEN) to conduct Dynamic IMAGE in Hospitality Training for the staffs.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=t0_4tbo3Lp8[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=iw5kLqjQC9M[/youtube]
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?
Kursus bukan sahaja didalam bidang imej, penampilan, protokol dan komunikasi tetapi pada tahun ini kami mempelbagaikan perkhidmatan seperti kursus MOTIVASI, TEAM BUILDING, NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING, PEMBINAAN KERJAYA dan PELBAGAI LAGI.
Sila klik disini. atau hubungi 012 473 3545 atau 0193290397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.
Leave a Reply