home Training Konsert CuteCarry di Kementerian Kesihatan, Putrajaya?

Konsert CuteCarry di Kementerian Kesihatan, Putrajaya?

Adakah CuteCarry akan menjadi setaraf artis-artis ternama macam Sheila Majid yang mengadakan konsertnya bersama Malaysia Philharmonic Orchestra atau yang terbaru Anuar Zain di Stadium Bukit Jalil 16 Februari ni? (argghhh…mesti ada yang dah terjerit-jerit bila CuteCarry cakap Anuar Zain nak buat konsert kan..argghhh… kawan CuteCarry terutamanya perempuan ramai yang gilakan Anuar Zain!)

Persoalan, layakkah CuteCarry jadi penyanyi?

Tetapi ini bukan konsert. CuteCarry tidak boleh menyanyi, kalau menyanyi pun pasti anda sediakan payung sebelum hujan kerana ribut petir akan melanda (walaupun laporan kajian cuaca menyatakan cuaca cerah!).No, seriously can’t sing.Gambar diatas ialah yang hadir ketika grooming talk CuteCarry yang diadakan di Kementerian Kesihatan,Putrajaya. Ceramah kali ini ¬†adalah untuk ahli-ahli Puspanita yang terdiri daripada pelbagai peringkat; daripada doktor pakar, doktor gigi (dentist), jururawat sehinggalah kepada pegawai tadbir dan kerani. Macam-macam ada!

Serious pula muka CuteCarry dalam gambar ni.

Tea after the talk, with the Datins and the docs. Talk CuteCarry pada hari itu juga ada segmen daripada associate CuteCarry iaitu Butikpinkku.

CuteCarry gembira mendapat maklumbalas yang amat baik sejurus selepas talk tersebut walaupun masa hanya beberapa jam. Ramai yang datang bertanyakan soalan lanjut secara langsung ataupun online. Sorry jika tidak sempat membalas pertanyaan semua.

Jika ada masa kita berjumpa lagi…

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling dan juga untuk korporat seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

Comments

comments

Leave a Reply