Kurikulum khas IMEJ kepada pelajar IPT?

CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Training of Trainers (TOT) Personality and Profesional di bawah anjuran SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN LATIHAN KERJAYA, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK. Peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan di organisasi ini termasuk juga pensyarah-pensyarah politeknik yang bekerja di ibu pejabat.

Kebanyakan daripada pensyarah-pensyarah mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam didalam urusan politeknik dan pelajar-pelajar. CuteCarry juga mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman CuteCarry dan rakan-rakan mengendalikan temuduga ataupun bekerja dengan pelajar-pelajar IPT. Graduan adalah pelajar yang cemerlang tetapi ada aspek yag boleh diperkuatkan lagi iaitu IMEJ.Kurikulum khas dan tetap seharusnya diwujudkan untuk mereka Jika mendengar imej mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi imej melibatkan tiga unsur utama iaitu ABC,A- Appearance (Penampilan),B- Behaviour (Kelakuan, protokol dan etiket) dan juga C- (Communication). Elemen-elemen ini akan membantu pelajar tersebut menghadapi ruang dan suasana kerja korporat.
Jika tidak mengusai perkara ini, antara masalah yang CuteCarry alami bila menemuduga salah seorang calon lulusan Ijazah ialah:-

Soalan: Kenapakah anda hendak menjawat jawatan ini?

Jawapan: Saya hendak menjawat jawatan ini kerana emak saya suruh saya minta, sekarang susah dapat kerja (sambil tersenyum-senyum)

Adakah itu yang kita inginkan daripada mereka yang mempunyai ijazah?

Walaupun kebanyakan lulusan ijazah AMAT BAGUS, tetapi jika ada 10% yang kelompok mejawab seperti jawapan diatas, ini memberi imej yang kurang sihat.

Jika berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry, boleh hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini

And of course… I LUV YOU TOO.. PESERTA KURSUS PADA HARI TERSEBUT. HAPPENING BETUI MEREKA NI..Cuma masa singkat dan ramai yang minta supaya dibuat satu sesi lagi, kalau ada jemputan, insyallah kita bersama lagi.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=aLnWx9WFhz4[/youtube]