Once you go black…why don’t go for nude!
27 May 2013Kutipan lebih RM20,000 untuk Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa
27 May 2013Maaf sangat jika tajuk diatas tidak relevan lagi. Kementerian Pengajian Tinggi? Mana ada KPT lagi kan..semua nya sudah menjadi sejarah kan, sekarang sudah bergabung kementerian-kementerian.PRU13!. Baru sekarang hendak update entry ini.
CuteCarry telah dijemput untuk menjadi penceramah kursus 3 hari 2 malam untuk auditor 5s, KPT. Audit 5s adalah yang antara elemen utama didalam pelaksanaan 5s. CuteCarry telah mengendalikan kursus 5s untuk KPT sebelum ini dan pada kali ini hanya untuk auditor. Best auditor-auditor ini…kursus dibuat di Port Dickson, sambil beraudit sambil berjemur tepi pantai dan berendam dalam laut!
Gambar peserta yang ‘comel’ pada hari akhir.. dah berendam berjemur segala kan..
Perkara paling utama untuk menjadi auditor 5s ialah:-
i. Auditor perlu faham sebenar-benarnya maksud 5s
ii. Borang audit perlu dipersetujui dan difahami oleh auditor
iii. Pemarkahan perlu ada satu standard tetap untuk mengelakkan markah audit 5s yang berat sebelah
iv. Semasa audit dijalankan, perlulah diambil bukti audit seperti gambar tempat yang diaudit.
Auditor juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan berkenaan dengan unsur-unsur yang perlu dimasukkan didalam borang audit.
Tidak sah sesuatu kursus 5s tanpa ada lawatan. Sehubungan itu, CuteCarry telah menganjurkan lawatan ke Bahagian Kawalan Filem (BKF) Melaka. Pelaksaaan 5s disini akan dijadikan panduan untuk bagaimana pelaksanaan 5s dan juga CuteCarry juga mengatur untuk semua auditor mengaudit pelaksaan 5s di kawasan tersebut. Praktikal adalah penting! Terima kasih kepada BKF Melaka!!
Wanita-wanita cantik KPT menyerahkan cenderahati kepada wakil BKF Melaka. Tetap posing kannnnn….
Yeahhh… CuteCarry menandatangani kontrak untuk filem seterusnya..ehhhh… actually itu adalah tandatangan buku kedatangan je!
Tak taulah tulisan cakar ayam ke, cakar rimau ke..
Sapa paling over ‘mendada’ posing menunjukkan huruf S ? Sesuai tak kalau kita SISIHKAN S itu? Simpan info tersebut untuk elemen 5s!
Berminat mendapatkan perkhidmatan taklimat atau kursus 5s daripada CuteCarry, boleh hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini