CuteCarry dalam rancangan Gazette Fesyen Channel 180 ASTRO
18 August 2013Pengalaman mengubati jerawat penuh di muka
20 August 2013Beberapa hari sebelum Aidilfitri,CuteCarry telah dijemput oleh SERANTA, FELDA Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan kursus selama 2 hari berkenaan imej dan ketrampilan diri. Kursus ini juga turut menyelitkan satu slot LAW OF ATTRACTION atau DAYA TARIKAN yanng disampaikan oleh seorang penceramah lain.
Kursus ini dihadiri oleh peserta SERANTA dari seluruh negara. Walaupun di buat ketika bulan puasa, semuanya berjalan seperti biasa kerana kursus ini dibuat dengan penuh interaktif. Kalau tidak dibuat secara itu, bulan puasa bermakna CUTECARRY pun boleh tertidur!
Ada diantara peserta SERANTA juga adalah followers setia CuteCarry.com sejak daripada awal lagi. Walaupun sejak akhir-akhir ini CuteCarry amat jarang ke acara-acara glamour hiburan ataupun fesyen disebabkan oleh kesuntukan masa menguruskan perniagaan, mereka masih tetap setia follow.
Ramai yang bertanya soalan-soalan berkenaan tentang personal image. CuteCarry cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan setakat yang terdaya dalam masa yang singkat. Ada yang terus membeli belah setelah diberikan tips pada hari pertama dan memakai pakaian tersebut pada hari ke dua untuk ditunjukkan pada CuteCarry untuk mendapatkan komen. Bagus sangat! EFISYEN.
I LUV U GUYS!!!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=5n6MBrRFSWA&feature=c4-overview&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]