home Training Kursus bersama SUK KEDAH dan NASI ROYALE!

Kursus bersama SUK KEDAH dan NASI ROYALE!


Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK KEDAH) telah menjemput CuteCarry untuk mengendalikan kursus yang bertajuk Imej dan Ketrampilan Diri ABC (Appearance, Behaviour and Communication). Ia dihadiri oleh pegawai dan kakitangan SUK Kedah dan diadakan di Hotel TH yang serba baru. I must admit that I am falling in love with this hotel. It is in the middle of sawah padi with chic interior and nice ambiance.

Orang-orang Kedah memang best. Sesi dilaksanakan dalam suasana yang amat happening dan santai.

CuteCarry juga telah menyesuaikan kandungan modul seperti yang diminta oleh urusetia yang diketuai oleh Cik Zahanim. Thank you very much for the hospitality. Sebenarnya, apa yang disampaikan adalah sama. Perbezaannya ialah bagaimana cara penyampaian dan disesuaikan dengan persekitaran di negeri Kedah. Asas adalah sama, setiap penjawat awam perlu tahu didalam hal-hal utama dalam elemen ABC.

Jika ke sesuatu tempat, CuteCarry pasti akan mencuba sesuatu yang baru, terutaman bila tiba bab makan. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor pengaruh media sosial (ramai sangat post berkenaan juadah ini) dan juga pengaruh rakan (Joey MakeOver) yang turut menjadi trainer dalam kursus tersebut, CuteCarry mencari Nasi Kandar Royale.Tidak susah hendak mencari kedai ini kerana ia hanya beberapa minit daripada hotel tempat kami menginap. Walaupun CuteCarry tidak berapa sihat, mengagahkan diri ke sana. Nasi kandar Royale sebenarnya adalah hidangan nasi kandar yang berwarna kuning dan lauknya tidak banyak. CuteCarry pilih burung puyuh, limpa dan telur. Tidak hairanlah ramai yang beratur untuk makan nasi kandar Royale.

Semasa mengendalikan sesi bersama SUK, CuteCarry pun ada bercakap berkenaan dengan tepung talam yang best di Langkawi (berdekatan dengan Maybank). Tiba-tiba sewaktu lunch pada hari terakhir, seorang peserta membelikan CuteCarry kuih tepung talam ini. Walaupun bukan tepung talam daripada Langkawi, ia memang sedap!! Thank you very much Kak Zainab. Appreciate it..

Comments

comments

Leave a Reply