Kursus didalam keadaan tidak sihat bersama JHEKS di Gold Coast…….. MORIB!

Jika disebutkan Gold Coast, mungkin ada yang teringatkan tempat yang terletak di Australia. Sebenarnya, tidak perlu jauh-jauh untuk ke Gold Coast, anda hanya perlu memandu ke Morib, jumpalah Gold Coast!

CuteCarry dijemput untuk mengendalikan kursus untuk Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. Perjalanan ke Gold Coast adalah antara yang tidak dapat dilupakan kerana CuteCarry termuntah!! CuteCarry muntah bukanlah disebabkan oleh jalan yang berliku-liku tetapi kerana badan kurang sihat. Secara tiba-tiba terasa perut kembung dan kemudian terasa ingin muntah. Sebelum ke Morib, CuteCarry ke klinik dan mengambil ubat. Kepala sudah terasa pening dan loya tetapi CuteCarry cuba bertahan. Tetapi semasa didalam perjalanan ke Morib, CuteCarry tiba-tiba terasa ingin muntah dan cepat-cepat suruh pembantu CuteCarry yang membawa kereta untuk berhenti ditepi jalan. Peliknya, bukanlah muntah apa pun tetapi hanya air dan angin. Selepas muntah, terus terasa badan segar!
Pembantu CuteCarry mencari ubat untuk muntah-muntah dan loya-loya (sempat dia laser ‘lebihkan orang mengandung’) di sekitar bandar Morib dan farmasi telah memberikan ubat yang diberi nama dimenhydrinate. Hasilnya memang elok, sehingga ke hari ini setelah makan ubat tersebut, loya dapat dikurangkan dan kemudian hilang!

Tanggungjawab yang diberikan untuk mengendalikan kursus diteruskan juga walaupun badan tidak sihat. CuteCarry mengendalikan kursus ini selama hampir dua hari dan berdoa agar kesihatan baik.

Peserta datang daripada seluruh negara dengan pelbagai pengalaman. Itulah antara pengalaman menarik menjadi seorang trainer, kita dapat mendengar pengalaman orang lain. Best!

Antara slot kursus ialah slot etika makan (fine dining). CuteCarry berhati-hati dengan apa yang dimakan takut tersalah makan dan muntah.


Terima kasih kepada urusetia kerana memberikan pas untuk masuk ke taman tema ‘waterpark’ dan juga bilik yang amat cantik. Malangnya, badan tidak berapa sihat untuk menikmatinya. It is so true what they say ‘health is wealth’!

Berminat menganjurkan kursus ini ditempat anda? Hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.

Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh klik disini.