Kursus English dalam Suasana English Garden dan Lord of the Rings di Fraser Hills

Ini adalah antara lokasi kursus paling harmoni yang pernah dikendalikan oleh Syarikat CuteCarry.  Kursus Bahasa Inggeris dan di lokasi ala-ala Inggeris iaitu Fraser Hills.

CuteCarry agak teruja kerana pihak urusetia memberikan tempat penginapan yang amat-amat menarik di Pusat Latihan Awam (PLATIH), Kementerian Pertahanan Awam.

Very,very nice. Love the ambience

View from my room!!

Suasana sekitar PLATIH juga amat menyegarkan, buka pintu terbentang kehijauan dan juga bunga-bunga yang pelbagai warna. Bila tiba waktu malam cuaca amat sejuk. CuteCarry telah beberapa kali ke Fraser Hill tetapi ini adalah pengalaman yang terbaik kerana persekitaran yang amat menyenangkan!

C FOR CUTECARRY!!!

 

Kursus ini dihadiri oleh peserta daripada pelbagai peringkat,yang kebanyakannya bertugas berhubung dengan pelanggan. Ia dikendalikan bersama oleh CuteCarry dan juga Puan Gee Hassan.  Kami amat memenetingkan impak daripada kursus oleh itu diadakan ujian bahasa Inggeris pada permulaan dan akhir kursus. Hasilnya amat baik kerana peserta telah menunjukkan peningkatan pada ujian hari terakhir. Lokasi kursus bukan sahaja didalam bilik kuliah tetapi juga diluar. Peserta dikehendaki menemuramah pelancong dan orang ramai di sekitar Fraser Hills dan merakamkan sesi tersebut, ala-ala pemberita tetapi dalam bahasa Inggeris. Macam-macam ragam,kelakar pun ada!

 

Terima kasih kepada Urusetia terutamanya Encik George Blaise dan Encik Ahmad Salehuddin diatas layanan yang diberikan. Terima kasih. Luv luv luv.

Sempat posing depan rumah!!

Peristiwa yang akan adventerous untuk CuteCarry bila laluan turun. Suasana dengan kabus tebal, sejuk dan juga tiada satu kenderaan pun kelihatan didalam hampir 8 kilometer! Teringat cerita Lord Of the Rings, mula-mula hati terdetik suasana  filem Sleepy Hallow arahan Tim Burton dan lakonan Johnny Depp tetapi rasa seram pula melanda. So, tukar pemikiran dan bayangkan Hobbit dan Gandalf!

Scary? No?  Winding road with thick watery mist..

 

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ZAt7WYayCSU[/youtube]

I LOVE YOU TOO!!

Jika berminat mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat CuteCarry, telefon 0193290397 email cutecarry@yahoo.com atau click disini untuk kursus-kursus yang disediakan