Kursus grooming di Seri Menanti dan itik salai RM45!

Lokasi kali ini agak menarik kerana resort bukanlah terletak di tepi laut atau tempat pelancongan utama tetapi di kawasan pekan kecil dikelilingi kampung iaitu Seri Menanti Resort. Walaupun ini bukanlah kali pertama CuteCarry dijemput untuk menyampaikan ceramah disini tetapi bila mengetahui yang ia adalah Seri Menanti, I am so happy. You know why? Because it is such a serene and peaceful place to be. The ambiance is just amazing; nature, joy and beauty.

My room. Terletak di atas tasik yang dipenuhi oleh teratai dengan ikan-ikan berenang dan juga CuteCarry juga ternampak biawak! Jangan risau, biawak itu tidak akan masuk dalam bilik.Biawak tu comel je dan ia pun takut bila tengok kita.Tetapi kalau disebabkan kita takutkan biawak kita takut untuk tidur disini, memang rugilah.  Bila lagi kita nak tidur dikawasan seperti ini. Buka tingkap terus nampak tasik dan kawasan menghijau, tanpa bunyi hon kereta ataupun suara-suara manusia yang bising. Sangat peaceful. Selain bilik diatas tasik, terdapat juga bilik di atas tanah. Bilik adalah boleh tahan, tidak terlalu teruk dan tidaklah terlalu mewah. Sedikit rasa tidak best ialah bila televisyen tidak diletakkan bertentangan dengan katil. So, jika anda hendak tengok tv, kena duduk atas kerusi.

Kolam. Jangan berenang dalam tasik tadi, tapi berenang didalam kolam ini.

Two thumbs up: Layanan pekerja hotel ini memang best. Mungkin sebab hotel ni kecil, so pekerja dia pun sangat mesra.

Bersebelahan dengan resort juga terdapat Istana Lama Seri Menanti yang menjadi muzium. Masuk adalah percuma tetapi CuteCarry tidak sempat hendak masuk sini sebab sibuk dengan kelas. CuteCarry kan agak obses dengan sejarah dan oleh itu CuteCarry pasti akan datang lagi kesini untuk melawat muzium ini!

Disebabkan suasana yang amat cantik dan tenang, CuteCarry bangun pagi-pagi dan berjogging. Pada mulanya,  semangat hendak kurus dengan berjogging hampir terbantut disebabkan oleh hujan sedikt renyai-renyai, tetapi bila difikir sudah bawa short, Cutecarry pakai hoodie sweater dan terus berlari.

Hoodie from Bum equipment, glasses  from Gucci, short from Jusco Alamanda  dan sneakers from Al-Ihsan.  Berangan Ala-ala selebriti Hollywood berjogging dengan menutup muka dengan hoodie tu! Tetapi punyalah sejuk pagi-pagi disini dah  rasa macam cuaca Cameron Highlands pulak! Best betul jogging.

Tenang-tenang-tenang. Resort ini terletak disekitar kawasan Istana Seri Menanti dan memanglah rasa seperti di taman larangan pulak!

Selepas jogging, CuteCarry jenguk cafe dan that’s it… ada banyak makanan tradisi yang best dan antaranya ialah lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Heavan betul bila makan kat sini sekiranya anda memang meminati makanan tradisional. Makan malam sebelumnya CuteCarry dihidangkan dengan ikan goreng berisi kelapa dan digoreng rangup dengan masak lemak ikan masin juga petai. Makan tengah hari  dihidangkan dengan ikan sembilang, masak lemak daging salai dan julung kalinya dalam hidup CuteCarry makan rendang betik. Memang sedap. Rasanya macam rendang hijau tetapi dengan betik. Best!!!! Jika anda hendak makan disini, pastikan telefon one day before supaya mereka masak makanan yang pelik-pelik sikit dan susah hendak dapat di tempat lain.

Tetapi CuteCarry sebenarnya teringin hendak makan itik sebab CuteCarry ada dengar yang orang Negeri Sembilan ini memang sedap kalau masak itik. Sepanjang perjalanan kesini ada banyak kedai salai, daripada salai itik kepada salai puyuh dan ikan. Organizer ada menyediakan kenderaan dan pemandu untuk bawa CuteCarry ke sini (thank you!) dan disebabkan ghairah melihat banyaknya bergantung segala benda yang disalai, CuteCarry pun minta berhenti.

Sila ikuti skrip dibawah untuk cerita selanjut (gigih tulis skrip, kau mampu jang oh jang?:-

CuteCarry: Abang, kalau hendak beli barang, abang boleh tolong cakap Negeri Sembilan tak sebab saya selalu kena bayar mahal bila beli barang. Tolong tawar ke apa ke, nanti takut orang pekena letak harga tinggi …

Driver: Tapi encik,saya orang Melaka, bukan orang nogori..

CuteCarry: Ala.. abang cubalah, Melaka dam Nogori kan dekat! Please… (muka tetap maintain vogue pakai sunglasses!)

Kenderaan diberhentikan d itepi gerai dan CuteCarry keluar teragak-agak sebab takut kasut kena lopak air sebab hujan baru reda. Terkangkang-kangkang lah juga hendak keluar daripada kereta. Biar kangkang asal kasut selamat!!

Adik penjual itik: Hi bang,datang dari mana, hendak beli apa?

CuteCarry hanya tersenyum dan tengok muka driver dengan harapan dia start dulu cakap nogori…tetapi dia  diam dan senyum balik kat CuteCarry!!!

CuteCarry: Hendak beli itik dik, yang ini..

Mata daripada driver terus fokus melihat itik, ayam dan ikan salai yang amat menyelerakan!

Adik penjual itik: Itik ni RM45

CuteCarry: OK, ambil sekor!!

Adik penjual itik tu pun mengambil itik salai tersebut.

CuteCarry: Adik potong kecil-kecil ye..

Adik penjual itik:  Ok.. nanti itik ni kalau masak rendang sedap.

CuteCarry: Saya nak makan terus. Adik potong ye, tak sabar saya nak makan!

Adik penjual itik: Ehhh..abang, itik ni mana boleh makan terus, kena masak dulu.Kita salai je, kat rumah abang kena masak!

Ohhhhhh….

Pelamin Anganku Musnah hendak makan itik. CuteCarry ingatkan itik itu boleh terus makan tetapi sebenarnya kena masak dulu. Alang-alang sudah berhenti kat gerai tu, CuteCarry pun beli sebekas bahulu RM15. Makan dua biji dan selebihnya CuteCarry bagi pada driver.

Itik yang menjadi sasaran tetapi tersasar.Seekor RM45. Ok ke tidak?

Next time..next time…

Kelas kali ini melibatkan pelbagai gred dan oleh itu  CuteCarry ubah sedikit agar sesuai untuk semua. Ia bukan sahaja melibatkan imej tetapi etiket dan protokol dan sedikit pengendalian majlis. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pada akhir kursus ada anugerah kumpulan terbaik dan juga peserta lelaki dan wanita popular (konsep Anugerah Bintang Popular sangat!) CuteCarry juga cuba memasukkan sedikit elemen motivasi kerana ia adalah amat penting didalam perkembangan kerjaya seseorang. Jangan hanya kerja tetapi perlu mengambil kira kemana arah tuju kita!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk  styling individu dan juga kursus untuk  korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini