home Training Kursus Imej ABC bersama Bahagian Hal Ehwal Perumahan, penjaga kuarters kerajaan!

Kursus Imej ABC bersama Bahagian Hal Ehwal Perumahan, penjaga kuarters kerajaan!

Jika anda penjawat awam, mungkin diantara anda yang sedang menunggu kelulusan permohonan untuk tinggal di kuarters. Maklumlah, sewa sekitar Putrajaya semakin hari semakin meningkat. Berkemungkinan ada yang terkejut dengan kadar sewa di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Jika harga rumah di Putrajaya, bukan setakat terkejut, mungkin ada yang boleh pengsan. Tetapi itulah realiti kehidupan di bandar, harga hartanah yang melambung. That is why I work so hard, because life in the city is harsh.

CuteCarry telah dijemput oleh Bahagian Hal Ehwal Perumahan, bukan untuk bercakap berkenaan dengan harga rumah tetapi berkenaan IMEJ.  Itulah antara kelebihan kerjaya CuteCarry yang membolehkan mengenali dengan pelbagai golongan dan juga mengetahui apakah ruang lingkup tugas mereka. Tugas mereka BUKANLAH sekadar menjaga kuarters kerajaan tetapi pelbagai hartanah kerajaan termasuklah rumah rehat.

 

Imej ABC adalah Appearance,Behaviour and Communication.  Ia juga bolehlah dikatakan sebagai kursus ketrampilan, Etika dan Protokol.

 

Persembahan kumpulan juga diadakan dan yang paling best macam-macam nama kumpulan diberikan, daripada Kate Spade sampailah kepada pavilion.com….eh,bukan kg.com ye!  Persembahan kumpulan ini adalah untuk menyimpulkan apakah yang akan mereka akan laksanakan selepas tamat kursus juga apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk IMEJ bahagian mereka.

 

Kursus ini dijalankan selama dua hari dan kami saling berkongsi pengalaman. Kursus berjalan dengan penuh suasana santai dan juga salah satu yang menyebabkan kursus ini lagi gembira ialah MAKANAN yang dihidangkan sangat sedap!! Terbaiklah katering yang dipilih. Rosak diet CuteCarry!

Terima kasih kepada urusetia terutama En Azezee dan En Kamil and THE TEAM!!!

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk menganjurkan kursus di organisasi anda, hubungi   019 3290397 atau email cutecarry.com atau click disini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply