Mungkin ada diantara kawan CuteCarry yang sedikit bergetar jantung bila disebut berkenaan dengan Cukai atau LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Eh…betul ke tak?
Sebenarnya, tiada apa yang hendak ditakutkan kerana jika anda membayar cukai…..
“ANDA adalah WIRA NEGARA” – itulah perkataan yang ditulis disalah satu poster di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Wira?
CuteCarry adalah pembayar cukai yang setia kerana tidak mahu pening kepala bila tiba giliran diaudit nanti. Oleh itu, CuteCarry amat gembira kerana diberi peluang untuk mengendalikan kursus Imej di bawah program Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan Kaunter uuntuk mereka yang bertugas di kaunter-kaunter pungutan cukai. Bolehkah anda bayangkan kesukaran mereka bekerja di kaunter yang ditugaskan untuk mengutip duit? Pelbagai kes yang terpaksa dihadapi,seribu ragam manusia dan karenah.
Oleh itu,petugas kaunter perlulah mempunyai ilmu yan mencukupi untuk menghadapi tugasan seharian. Pelanggan bukanlah seperti dahulu kerana pada masa kini kebanyakan pelanggan lebih demanding.
Kursus ini telah diadakan di Akademi Percukaian Malaysia di Bangi. Ini adalah pertama kali CuteCarry menjejakkan kaki kesini dan terbukti boleh tahan cantik dan teratur suasana di sini.
Peserta kursus datang daripada segenap pelusuk negara dengan pelbagai kisah di dalam tugasan seharian. Tetapi yang penting kalau kursus bersama CuteCarry memang sangat ENJOY!!! Fun is my DNA.
Terbukti dengan maklumbalas yang diberikan. They want more!!
Special mentioned and thanks for the hospitality to Pn NURIATI BINTI PATARAI,PENOLONG PENGARAH, PENGAJIAN KOMUNIKASI DAN KHIDMAT PELANGGAN, PUSAT LATIHAN PENGURUSAN, AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA
If you interested to know more about my training please click here
List of clientele, please click here
Trainer bio please click here
Or call me at 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com
Leave a Reply