Penghargaan kejayaan 5s untuk CuteCarry
28 September 2014Kursus Imej untuk Pemandu dalam hutan!
30 September 2014Ia adalah salah satu perkara yang agak mendebarkan dalam karier CuteCarry. Pengalaman mengadakan kursus kepada beribu-ribu peserta adalah berbeza dengan sesi kali ini. Peserta adalah terdiri daripada pengurusan tertinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Kenapakah CuteCarry gementar?
Antara sebab utama ialah mereka amat berpengalaman; kebanyakannya telah bertugas berpuluh-puluh tahun. Pengalaman yang banyak ini memungkinkan jika CuteCarry memberikan maklumat yang salah bermakna mereka akan menyedarinya! Erkkk….
Sebab kedua ialah mereka berumur sekitar pakcik dan makcik (uncles and aunties) dan mama CuteCarry (my father dah pencen) dan jurang generasi yang amat tinggi. Berkemungkinan ada perkara yang tidak sesuai untuk dibincangkan.
Terakhir ialah kerana gaya penyampaian CuteCarry mungki ‘agak berbeza’ daripada penceramah-penceramah lain. I a little bit ‘hyperactive’and I always see things differently. Havoc pun ada jugak!
I respect them, tengok tu malu-malu pulak I depan tu!
Jika difikirkan semua faktor diatas memang tidak berlakulah kursus tersebut kerana CuteCarry akan berasa gementar. Oleh itu, CuteCarry hanya menjadi diri sendiri, tanpa ada sekatan. Walaupun sedar risikonya tetapi ini adalah diri sendiri, buat apa hendak jadi orang lain.
Perkara yang dikongsi adalah relevan dengan pekerjaan dan kehidupan seharian mereka. Ia juga termasuk sesi fine dining.
Hasilnya ALHAMDULILLAH, mereka menerima CuteCarry dengan seadanya. Kursus selama dua hari dapat dijalankan dengan teratur dan kerjasama yang diberikan adalah terbaik. Segala aktiviti dapat dijalankan dan yang paling utama memberi sepenuh perhatian dan bertanya soalan dan ini adalah petanda kursus ini berjaya. CuteCarry bertanya pada urusetia dan maklumbalas yang diterima adalah terbaik!
Disebabkan mereka adalah bos-bos besar sesuatu bahagian atau jabatan, CuteCarry mula menerima cadangan untuk membuat talk di bawah organisasi mereka. Terima kasih!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia yang memberikan bilik yang selesa di Hotel Shang Rila, Putrajaya. Nice room with great ambience.
Ini adalah pengalaman yang CuteCarry tidak dapat lupakan!
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini