Bersangka baiklah dengan makcik aka Puan Nora ini!
5 November 2013Kursus Pengurusan dan Penganjuran Majlis untuk Pegawai Kursus DPA C-Nergy
6 November 2013Pendang adalah salah satu daerah di Kedah. Sebenarnya, nama Pendang memang biasa CuteCarry dengar tetapi ini adalah pertama kali CuteCarry berkesempatan bermalam disini sempena Kelas IMEJ:- Protokol dan Ketrampilan untuk Pejabat Tanah dan Daerah Pendang. Orang Pendang pun nak vogue juga!
CuteCarry bersama-sama peserta Kursus selama sehari. Best lah orang Pendang!!!!
CuteCarry amat berbesar hati bila diberitahu yang ini adalah kali pertama perunding imej dijemput ke sini. Pelbagai maklumat yang CuteCarry kongsikan terutamanya apakah pemakaian yang sesuai untuk korporat dan keadaan semasa. CuteCarry menyesuaikan cara penyampaian dan maklumat yang diberikan agar selaras dengan budaya dan cara hidup di kawasan Pendang tetapi juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bukanlah bermakna yang Pendang terlalu kampung sehingga terpaksa diubah tetapi itu adalah cara CuteCarry berkongsi ilmu, ia perlu disesuaikan mengikut keadaan.
Sebenarnya Pendang bukanlah sebuah tempat yang hulu atau kampung, ia hanya sekitar 20 minit dari Alor Setar. Penduduknya pelbagai bangsa, melayu, cina dan Siam. Ia adalah pekan yang comel dengan segala kemudahan yang ada. Contohnya ialah Pejabat Daerah Pendang yang serba cantik dan moden! CuteCarry tidak sempat melawat keseluruhan kawasan Pendang tetapi dapat tahu yang Pendang adalah pengeluar air mineral utama yang terletak di sini iaitu di Kampung Titi Akar,Sungai Tiang! Wow..Itulah yang menarik jika kita berada di tempat orang, macam-macam yang kita rasa kita tahu tetapi macam-macam yang kita belum tahu.
Antara yang CuteCarry tidak tahu ialah di Pendang mempunyai tasik yang cantik. Urusetia daripada Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) menyediakan bilik Suite di Pendang Lake Resort. Tidak sangka di tengah pekan Pendang, terletaknya satu resort di tepi tasik. Bilik-bilik hotel ini mengadap tasik dengan pemandangan yang sangat cantik.
Di pagi hari udara sangat nyaman dan sejuk. Sayangnya, CuteCarry hanya dapat merasa ketenangan di sini sekejap sahaja. Cuma, diharap tempat ini diselenggara dengan lebih baik. Precious!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=aI6oqVu62dw[/youtube]
Thank you. I love you too!!!
Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk mengendalikan kursus di organisasi anda, boleh dapatkan maklumat lanjut dan cadangan modul disini
Senarai pelanggan boleh click disini.
Call me at 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com for details.