home Training Kursus IMEJ untuk bakal pesara LHDN di Langkawi ( juga memori 10 tahun lepas)

Kursus IMEJ untuk bakal pesara LHDN di Langkawi ( juga memori 10 tahun lepas)

Jika anda ingat Langkawi apakah yang terfikir di fikiran? Mesti ada yang ingatkan pantai dan mungkin ada yang ingat pinggan mangkuk dan coklat. Ia bergantung pada apakah minat dan kenangan. CuteCarry telah ke Langkawi untuk mengendalikan kursus IMEJ dan Protokol untuk bakal pesara kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi memori lain yang timbul. Ia adalah berkenaan dengan lokasi kursus iaitu Hotel Aseania. 10 tahun yang lalu ketika pertama kali CuteCarry jejakkan kaki di Langkawi hotel inilah yang menjadi tempat penginapan. Cepatnya masa berlalu!!! (terus tema lagu Fauziah Latif “Tua Mengejar Kita”. Ketika itu diri rasa terlalu muda, baru mula bekerja di salah satu agensi dan ke Langkawi adalah kerana menyelesaikan tugasan dan lawatan. Tidak pernah terfikir ketika itu untuk berhenti kerja dan membuat perniagaan sendiri.Bahkan tidak pernah terfikir untuk menjadi perunding imej sepenuh masa.Apa yang difikirkan ketika itu ialah CuteCarry memang suka GAYA dan FESYEN!

Memori. Terima kasih LHDN!

Kursus ini dilaksanakan oleh LHDN untuk mereka yang akan bersara. Persediaan adalah penting untuk mereka yang akan bersara. Imej perlu sentiasa dijaga.

Best bersama mereka. Terima kasih! CuteCarry amat menghormati mereka kerana mereka seangkatan dengan ibu bapa dan saudara mara.  Apa-apapun kursus yang diberikan tetap happening!

CuteCarry tidak keseorang ketika di Langkawi kerana ibu dan dua orang ibu saudara turut bersama. Oleh itu, apakah yang akan berlaku bila mereka bersama? Bayangkan kotak berisi  pinggan mangkuk, periuk, sudu segala bagai bertingket-tingket!

Can you imagine?

My Paris Hilton moment, once upon a time. Haji Ismail Group, Langkawi. The damage? Around RM100. Go and get it! I tak beli sebab dan banyak sangat luggage.

Terima kasih kerana menjemput CuteCarry dan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan.

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email   training@cutecarry.com   atau  cutecarry@yahoo.com

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

 

 

Comments

comments

Leave a Reply