Matematik adalah mata pelajaran yang paling mencabar didalam kehidupan CuteCarry. “Kehidupan” ialah kerana semasa belajar daripada sekolah rendah sehinggalah zaman belajar universiti, mata pelajaran matematik memang amat menggerunkan!!!
Tetapi kegerunan ini mengujakan apabila CuteCarry dijemput untuk memberi talk mengenai imej untuk pensyarah dan kakitangan Institut Sains Matematik (ISM).
Sebenarnya CuteCarry agak penat kerana malam sebelumnya CuteCarry mengendalikan kursus untuk KPDNKK Perak di Taiping. Sesi tamat pada sekitar jam 11.00 malam dan CuteCarry hanya sampai di KL pada jam 3 pagi disebabkan hujan yang lebat sepanjang perjalanan daripada Taiping. Tidur sekitar dua jam dan kemudian terus ke Bayu Beach Resort, Port Dickson.
Tetapi kepenatan hilang apabila melihat suasana kolam hotel yang agak menarik dan juga peserta yang amat happening dan sporting! Orang-orang Matematik yang otaknya cerdik pandai ni pun suka bergaya ye. Walaupun mulut CuteCarry ini macam-macam mengkritik (bergurau sebenarnya), mereka menerima dengan hati terbuka. Itulah yang paling best.. menerima dengan seadanya dan yang penting ENJOY!!!
CuteCarry bersama dengan urusetia daripada Institut Sains Matematik (ISM) Universiti Malaya.
Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk mengendalikan kursus di organisasi anda, boleh dapatkan cadangan modul disini
Senarai pelanggan boleh click disini.
Call me at 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com for details.
Leave a Reply