Kursus Imej dan kisah CuteCarry di Pendang,Kedah
5 November 2013Kursus Pengurusan Pelanggan bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
8 November 2013CuteCarry telah melibatkan diri didalam bidang penganjuran majlis sejak bertahun-tahun. Oleh itu,salah satu bidang perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat CuteCarry ialah latihan atau kursus didalam Penganjuran Majlis. Jemputan oleh Urusetia Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (DPA), Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah salah satu medium untuk CuteCarry berkongsi pengalaman.
C for CuteCarry!!!
Antara tips yang diberikan untuk penganjuran majlis yang terbaik ialah persediaan yang rapi dan berhati-hati. Pegawai yang ditugaskan menguruskan sesuatu majlis seharusnya mempunyai checklist yang lengkap tentang apa yang harus dilaksanakan. Walaupun kita telah melantik urusetia untuk menguruskan sesuatu perancangan, bukanlah bermakna kita boleh melepaskan sahaja segalanya. Details and you’ll win. Adakah kena dengan majlis jika majlis perpisahan tetapi persembahan lagu di atas pentas ialah I Will Survive daripada Gloria Gaynor. Sesuai ke tak? Go figure!!
Thank you C-Nergy yang happening!
Majlis yang bagus juga perlulah ada sesuatu yang menarik dan keluar daripada kebiasaan . Majlis formal yang membosankan akan jadi lebih bosan jika penganjurnya hanya membuat secara ala-kadar dan sekadar siap! Walaupun majlis terikat dengan protokol, tetapi jika ia dilaksanakan dengan lebih teratur, majlis akan lebih diingati. CuteCarry memang selalu ditugaskan menjadi event manager majlis rasmi dan waktu itu CuteCarry cuba masukkan elemen seperti video dan muzik yang menggambarkan apakah majlis tersebut supaya yang hadir boleh melihat dan tidak bosan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan, oleh itu jika hendak tahu lebih lanjut, boleh ambil CuteCarry sebagai pelatih anda!
Kursus ini juga CuteCarry bertemu dengan rakan lama iaitu Khairul Azar. Kami bersama-sama bersekolah di Kuala Kangsar dahulu dan terkejut dan gembira juga bila tengok dia sudah berjaya menjawat jawatan PTD. Tahniah yeop!!
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, sila click disini.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=KN4oZY2ZXtU&feature=c4-overview&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
Ada sesuatu berlaku.. Paranormal? Majalah Mastika nak cover story ni pun boleh.
CuteCarry bertolak daripada Kuala Lumpur untuk ke lokasi ceramah iaitu di Kluang, Johor pada jam 11.00 malam dan sampai sekitar jam 2.00 pagi. Kereta dipandu oleh assistant dan CuteCarry yang sudah bersiap mandi dan gosok gigi hanya tidur dalam kereta daripada KL sehinggalah sampai Kluang. Sesampai di sana, CuteCarry pun dapatkan kunci daripada guard, masuk bilik dan terus tidur. Tetapi sewaktu tidur, termimpi macam-macam, pelik-pelik pula. Badan pula terasa seperti berat. CuteCarry akhirnya terjaga setelah rasa tidur yang amat lama tetapi sebenarnya tidak samapi setengah jam pun masa yang diambil daripada sampai Kluang dan terjaga. Untuk mengelakkan apa -apa berlaku, CuteCarry pun mengambil air sembahyang dan alhamdulillah… setelah itu tidur nyenyak!
Paranormal ataupun tidak, yang penting Kopi, nasi lemak dan Roti bakar di Stesen Keretapi Kluang memang RARE!!!
CuteCarry makan macam orang kena rasuk hantu raya!