home Training Kursus sebelum banjir Pahang dan sumbangan derma

Kursus sebelum banjir Pahang dan sumbangan derma

Musibah banjir yang melanda Pahang adalah yang paling teruk sejak berpuluh tahun.  Pelbagai komen yang diberikan mengenai banjir ini, ada yang membina tetapi ada juga yang mengejii CuteCarry tidak mahu komen terlalu banyak tetapi CuteCarry ada menganjurkan kutipan derma dan syukur sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.  Peminat/ followers yang menderma, tanpa mengiran kaum dan agama. Buat apa hanya bising dalam facebook tetapi tidak berbuat apa-apa? Terima kasih juga diucapkan kepada peniaga tudung Aida Farrel kerana menganjurkan jualan amal untuk membantu mangsa banjir. Duit yang diperolehi telah diberikan kepada mangsa banjir melalui kawan-kawan CuteCarry yang menjadi sukarelawan di sana. Moga setiap sumbangan anda dirahmati.

CuteCarry juga amat bersyukur kerana tidak terperangkap didalam banjir disana. Beberapa hari sebelum banjir mula melanda, CuteCarry mengendalikan kursus untuk Jabatan Perikanan Malaysia di Gambang selama tiga hari dua malam dan kemudian bersambung pula untuk  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang.

Kedua-dua kursus ini untuk dua peserta yang berbeza. Peserta Jabatan Perikanan Malaysia adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan manakala kursus anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang pula adalah untuk belia dan orang ramai. Sehubungan itu, cara penyampaian haruslah berbeza agar dapat disesuaikan.

 

Hujan turun dengan amat lebat dan tidak berhenti-henti dengan kilat sabung menyabung. Gambar diatas diambil daripada Restoran Mok Na dimana CuteCarry menikmati makanan kegemaran jika di Kuantan iaitu ketupat sotong.

Ramai pihak yang membantu dan keadaan pun semakin pulih. Tetapi CuteCarry diberitahu yang sumbangan masih diperlukan untuk membantu mangsa selepas banjir. Bayangkan keadaan rumah yang ditenggelami air, segala kelengkapan rumah tidak boleh digunakan. Ada kawan CuteCarry yang terpaksa meninggalkan rumahnya sehelai sepinggang, habis rosak kereta sehingga kepada perkakasan elektrik.  Dapatkan anda bayangkan jika anda berada disituasi mereka?

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, CuteCarry meminta bantuan anda jika anda ingin menderma.  Dipohon berhubung dengan CuteCarry melalui telefon/wsp/text 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. Moga anda sentiasa diberikati.

Remember the simple law of attraction:- The more you give, the more  you get back!

 

Comments

comments

Leave a Reply