home Training Kursus Training of Trainers (TOT) Pelatih Super untuk KPDNKK Perak

Kursus Training of Trainers (TOT) Pelatih Super untuk KPDNKK Perak

Jika anda penjual tote Furla atau Prada yang berharga RM80 sila berhati-hati kerana anda mungkin diperhatikan oleh kawan-kawan baru CuteCarry. Mereka datang daripada pelbagai tempat sekitar Perak, daripada Ipoh sehinggalah Kuala Kangsar!

Yeay..my new friends!

Mereka adalah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, Negeri Perak! Oleh itu, jika anda inginkan gaya hidup lebih classy tolonglah jangan menggunakan barangan tiruan. Janganlah menyangka yang orang lain tidak tahu yang anda menggayakan barangan tiruan kerana bukan susah hendak menilai yang asli ataupun palsu!
CuteCarry kalau tengok sekali dah tahu apa kategori beg anda..

Kursus Trainer of Trainers (TOT) anjuran CuteCarry yang telah diberikan penjenamaan semula dengan nama PELATIH SUPER. Kursus ini adalah salah satu cara untuk CuteCarry berkongsi pengalaman setelah sekian lama menjadi seorang trainer. Teknik yang diberikan adalah gabungan antara dos and don’ts juga bagaimana untuk menarik perhatian audiences anda.

Mudah? Tidak juga tetapi bukanlah susah sangat!

CuteCarry juga berpeluang untuk mendengar pengalaman dan kisah pegawai KPDNKK yang bertugas. Antara cabaran yang perlu ditempuhi ialah untuk mendidik orang ramai daripada pelbagai golongan tentang kepentingan menggunakan barangan yang asli. Oleh itu, pendekatan yang berbeza diperlukan. CuteCarry juga telah mencadangkan siapakah yang sesuai untuk menjadi penceramah untuk golongan seperti Gen Y, GEn X ataupun baby boomers. Personaliti penceramah adalah antara faktor maklumat dapat disampaikan. Jika anda terlalu serius, bercakap seperti guru besar yang tegas, mungkin tidak sesuai menjadi penceramah kepada pelajar sekolah!

Terima kasih kepada urusetia kerana menyediakan tempat yang menarik untuk CuteCarry di Taiping Lake Resort. Walaupun CuteCarry berasal daripada Kuala Kangsar, ini adalah pertama kali CuteCarry berada disini. Terima kasih juga kepada semua yang hadir, anda semua memang best! Tq to urusetia Puan Aishah dan Azlin yang sabar berhubung dengan CuteCarry daripada mula sampai akhir!!!

TERIMA KASIH diatas cenderahati…. beg!!!!

Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk melatih pelatih di organisasi anda, boleh dapatkan cadangan modul disini

Kursus-kursus lain anjuran CuteCarry sila click disini.

Call me at 0193290397 for details.

Comments

comments

Leave a Reply