Makan ke atau kendali kursus? (Kursus Bersama Puspanita Perbadanan Putrajaya)
7 April 20151Malaysia sebenar di Sarawak – Kursus bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
11 April 2015Ini adalah antara subjek kegemaran saya iaitu PENJENAMAAN SEMULA atau REBRANDING. Setiap kali mendapat lantikan untuk mengendalikan projek ini hati memang terlalu teruja. Excited. Kali ini ialah untuk mengendalikan sesi bersama UM Graduate School Of Business.
Penjenamaan semula bukan sekadar tukar warna, ubah logo atau perbaharui visi dan misi tetapi lebih kepada itu. Didalam sesi yang diadakan ini CuteCarry memasukkan unsur pemasaran agar penjenamaan adalah kuat. Kenapa pemasaran? Itu adalah persoalan yang sering ditanyakan. Zaman ini jika pemasaran tidak kuat, lama kelamaan sesuatu organisasi akan ketinggalan. Jika dilihat senario pada hari ini, organisasi yang berorientasikan keuntungan kewangan atau pun tidak amat mementingkan unsur pemasaran. Impak untuk penjenamaan bukan boleh diperolehi sekelip mata. Ia memerlukan satu piawai yang tertentu demi menentukan adakah penjenamaan semula berjaya.
Jenama yang bagus juga adalah ia senang diingati. Contohnya jika kita makan mee segera, terlontar perkataan MAGGI. Tahukah anda MAGGI adalah nama jenama? Itu adalah kekuatan PENJENAMAAN. Colgate ialah jenama ubat gigi, bukan ubat gigi.
CuteCarry Sdn Bhd dijenamakan secara berterusan. Nama itu adalah satu jenama. Ia bermula dengan blog. CuteCarry bukan bermakna saya perasan muka Cute ye. Ia adalah lebih kepada faktor teknikal. Nama yang baik adalah senang diingat. Oleh itu, ia menggunakan konsep ayat ulangan, CuteCarry (C dan C). Nothing to do with me perasan cute!
Banyak jenama menggunakan konsep ini seperti GooGle (G dan G), Coca Cola (C dan C) dan pelbagai lagi. Nama rancangan juga menggunakan konsep huruf berulangan contoh rancangan kegemaran saya ‘Keeping Up with the Kardashian’ (K dan K) dan juga rancangan realiti tempatan pertama terbitan E iaitu Facing up with Fazura (F & F). Nama selebriti yang senang diingati juga bermula seperti Aaron Aziz (A & A), Janet Jackson (J & J) tapi nama Aaron dan Janet tu mungkin nama asal nya kut. Sangat kreatif ibu bapa mereka.
Terima kasih kepada urusetia UM Graduate School Of Business.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA