Makanan yang menyebabkan vajajay berbau!

Soalan: Apakah itu vajajay? Soalan: Bahagian sulit wanita!
Jika anda merasakan tajuk entry dan jawapan itu terlalu sensitif, CuteCarry rasa anda tidak patut meneruskan membaca entry ini. Mungkin anda terlalu sensitif tetapi itu adalah hakikatnya.

I am not an erotic writer.. (far far from 50 shades of Grey!), CuteCarry.com is not a sexual explicit blog and I am kinda like very careful when it comes to taboo! Yup.. I put that as taboo; sex and any related matters will be regarded as taboo but we love sex. Isn’t that ironic?

Ok.. lupakan berkenaan dengan taboo atau tidak kerana anda akan di boo jika anda berbau..terutamanya jika vajayjay anda berbau!

Kebersihan dan bau juga merupakan satu daripada elemen imej, jika anda berbau..erm… where would they put you?

CuteCarry mendapat tahu berkenaan dengan elemen-elemen bau ini semasa menghadiri Women Awareness Workshop 2012 anjuran Columbia Asia Hospital, Seremban Negeri Sembilan. CuteCarry adalah salah seorang speaker pada program tersebut. Slot CuteCarry adalah slot terakhir dan CuteCarry sempat mendengar talk mengenai What Your Doctor Don’t Tell You About STD oleh Gynecologist, Dr NorIntan Zainal.

CuteCarry bersama Dr NorIntan Zainal dan juga peserta program.

Banyak maklumat yang diperolehi antaranya makanan yang menyebabkan vajajay anda berbau. Antara makanan yang patut dikurangkan (or  in a very moderate portion) ialah ikan kering, petai, belacan, makanan laut yang boleh menyebabkan alergik dan juga tomato! Yes..berlebihan tomato juga boleh menyebabkan vajajay anda berbau. Makanan yang mungkin menyebabkan nafas anda berbau kemungkinan akan menyebabkan vajajay anda berbau. Oleh itu berhati-hati ye! Dr Norintan juga telah berjaya memberi banyak maklumat (I can see that she is really passionate about her work) antaranya bagaimana sexually transmitted diseases ini sangat senang berjangkit. Terlalu mudah untuk seorang wanita mendapat jangkitan daripada seorang lelaki. Ada diantara penyakit yang lelaki hanyalah carrier tetapi yang mendapat lebih banyak penderitaan dan kesakitan ialah wanita.  Penyakit yang menyebabkan wanita tidak boleh berdiri kerana terlalu sakit  di bahagian vajajay. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa merawat pesakit-pesakit STD; daripada mereka yang happily married dan terus hilang segala-galanya kerana mendapat penyakit kelamin sehinggalah kepada gadis 16 tahun (tingkatan 4) yang mendapat penyakit kelamin daripada  teman lelakinya. Mengejutkan? Sepatutnya gadis tersebut belajar untuk menghadapi SPM tetapi beliau ‘bercinta’. Mengejutkan? Lebih mengejutkan teman lelaki beliau diperkenalkan oleh bapa gadis tersebut. MENGEJUTKAN ATAU SEDIH?

Cukuplah berkenaan dengan penyakit kelamin.. kita ubah HERPES kepada HERMES!

CuteCarry moment!!!

Slot CuteCarry adalah slot yang terakhir dan bertajuk “All You Need To Know About Looking Good”. Masa yang diberikan hanyalah 45 minit (quite a short period of time cos I can talk about myself more than 60 minutes!) dan CuteCarry pun cuba untuk memberikan apa sahaja maklumat dalam masa yang singkat. Best juga bagi talk pada hari tersebut. Tetapi paling best ialah RAMAI juga fan/followers CuteCarry pada hari tersebut.  Terkejut juga..bukan hanya setakat yang dengar talk tetapi juga tetamu hotel tersebut; ramai yang tegur CuteCarry. Orang Soromban..orang Soromban.. BEST SANGAT!!!

THANK YOU COLUMBIA ASIA HOSPITAL SEREMBAN. Thank you for the opportunity. Congratulation for a very successful event!

CuteCarry with Rachel Retna Devi, Manager Of Marketing Columbia Asia Hospital Seremban and emcee.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, samada untuk individu, kerajaan atau swastam sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click here.