Malaysia bukan sekadar negara di peta.

Major throwback gambar saya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di London. Saya mewakili Malaysia untuk satu mesyuarat bersama wakil-wakil dari seluruh dunia. Walaupun junior officer, tapi bos minta wakil sebab katanya saya pandai bercakap. ?
Nervous juga sebab bila sampai saya tengok kebanyakan wakil negara adalah senior officer siap bawa assistant masing-masing.
Meeting selama dua hari dan saya memang ber networking dengan semua negara. Ada baik ada sedikit kekwat ya.
Tapi yang geram tu ada negara yang ingat Malaysia ni mundur sangat dan tidak mengambil serius menangani isu yang dibangkitkan. Apa lagi saya pun pertahankan Malaysia. Ada negara yang tuduh Malaysia tiada infrastruktur dan amalan yang sepatutnya. Setiap kali ada yang cakap camtu saya pertahankan Malaysia. Segala macam dokumen, gambar, statistik saya keluarkan. Nasib baik terlebih prepare. Ada terkejut sebab Malaysia sebenarnya setaraf je dengan kemudahan dan infrastrukur mereka. Mat saleh banyak living in their own small world tau. Ingat depa bagus dan orang lain mundur.
Tapi paling tidak boleh lupa waktu tengah present saya boleh lupa term “pendatang asing tanpa izin”. Ya ampun tidak tahulah macam mana boleh blank. Saya masih ingat wakil daripada Ireland menyampuk.

“You mean illegal immigrants?”

Selesai meeting ramai wakil negara yang datang berbual dan ingin tahu lebih lanjut mengenai Malaysia.
Wakil negara-negara Africa dan Asia sangat kagum dengan Malaysia.
Wakil Europe kena bagitahu ‘kehebatan Malaysian’ dan wakil South America ada yang tidak tahu lokasi Malaysia. Semua wakil saya bagi badge gambar bendera seperti di lapel jaket saya tu. Ada negara terkejut sebab dapat hadiah. Hahaha. Orang lain tidak bagi tapi Malaysia bagi. Saya dengar wakil Nigeria bagitahu pada assistant dia supaya tiru Malaysia bagi cenderamata setiap kali meeting di luar negara. Saya tidak tahu macam mana, kisah saya di London ini sampai ke pihak pengurusan tertinggi kementerian. Beberapa bulan selepas itu, saya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada KSU (Special Officer to the Secretary General).
Tidak pastilah samada peristiwa London ada kaitan. Ada yang terkejut junior officer macam saya dilantik jawatan ni
Tapi seriously, saya tidak begitu pentingkan pangkat, paling utama kerja jalan.

Kerja PTD yang hectic juga mengajar saya cara menjalankan business yang hectic ni.

Tetapi yang penting jadilah diri sendiri walaupun di mana kita berada dan pangkat kita perolehi.

Best tau jadi diri sendiri takde cover-cover. Boleh rancang hidup tanpa perlu takut apa orang kata.

Love
Hafiz Mustapha
PTD to businessman