Masuk restoran mewah boleh pula ikut dresscode! (Kursus bersama Pegawai JPJ)

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu berkaitan dengan tatacara pakaian atau dress code. Ia telah diviralkan dan seakan menjadi trend kerana satu persatu isu dress code timbul. Tetamu yang datang tidak mengikuti dress code yang telah ditetapkan walaupun terpampang dengan jelas berserta gambar.

Hairan juga kenapa tidak boleh mengikuti dress code ketika berada didalam pejabat kerajaan. Hairan dan hairan. Jika kita membayar untuk makan di sesetengah restoran, etika pakaian yang ditetapkan terpaksa diikuti. Jika gagal, tidak dibenarkan masuk.

Masih jelas teringat kisah di sebuah restoran. Saya berada disitu dan salah seorang yang berpangkat Dato’ Seri mengenakan kemeja bulat.  Beliau bukanlah seorang yang selekeh tetapi  beliau mungkin tidak sedar tentang kewujudan dress code di restoran tersebut. Petugas restoran tersebut memberikan kemeja untuk dipakai. Dato Seri ini yang saya kenali memang  seorang yang  berbudi bahasa, hormat menghormati dan ada kelas. Tanpa banyak soal beliau mengenakan kemeja tersebut dan diterima masuk kedalam restoran. Untuk pengetahuan,  kemeja tersebut bukanlah Massimo Dutti yang menjadi label kegemaran Dato’ Seri.

Etika pakaian / dress code ini adalah antara perkara-perkara yang diterangkan semasa saya mengendalikan kursus bersama Pegawai-pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Kursus tersebut telah diadakan di Johor Baharu dan dihadiri oleh PRO daripada seluruh negara.

Pada hari tersebut juga telah diadakan Hari Bertemu Pelanggan  Kementerian Pengangkutan. Saya sempat melawat ke ruang pameran dan paling best dapat hadiah istimewa!



Bagus lah JPJ..macam2 bagi kat saya. Antaranya ialah hamper chocolate, macam2 ada..dari cadbury sehinggalah ferro roche. Tq Puan Sabrina, Pegawai PTD yg bertugas di JPJ. Aam the happiest living creature on earth.


Hari lahir salah seorang peserta jatuh pada tarikh kursus yang diadakan selama tiga hari dua malam itu. Bos bagi surprise party. Baiknya bos!

C for CuteCarry. Terima kasih kepada semua.

Jika di JB, mesti terlajak ke Johore Premium Outlet (JPO). Perhatian, saya tidak membeli baju Calvin Klein di atas kerana bila model pakai nampak sangat menarik tetapi bila saya pakai jadi sangat tidak menarik!


Tetapi membeli label-label lain. Shopping lah juga sikit-sikit di JPO.

 

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA