Mee Sotong tersedap di Pulau Pinang

CFF- Career, fashion and food. Three main reasons why I am so happy with my life.

 

CAREER

Career membawa saya ke merata tempat. Setiap minggu saya akan berada di dua tiga tempat yang berbeza. Berjumpa dengan ramai orang berbeza dan paling menyeronokkan ialah membuat kerja yang saya suka, pelatih (Trainer). Pelanggan saya di Pulau Pinang ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Kursus dua hari yang saya kendalikan ialah Ketrampilan, Protokol dan Pengurusan Majlis. Ia dihadiri oleh pelbagai peringkat daripada kakitangan pentadbiran, pegawai agama, ustazah, ustaz sehinggalah kepada imam masjid. Ia diadakan di dewan didalam Masjid Negeri Pulau Pinang. Best betul bila dengan ustaz, ustazah dan pak imam ini. Perkara utama ialah I just be myself  and everything will fall into place.   Terima kasih kepada JAIPP. Best!!

Pejabat JAIPP ini terletak di dalam masjid so bila tiba waktu solat, semuanya berjemaah. Terasa macam kat Mekah dan Madinah pula. You know ; when everything stops when the azan called.

Berjalan merata tempat juga bermaksud tinggal di pelbagai hotel. My favourite is Heritage 1926. I always love this hotel. Unique, old and mysterious. Built in 1926, as a British colonial and administration office, this pre war building has so many stories to tell.
Jangan nak cakap berhantu bagai ye. Insyallah aman… i dah beberapa kali tidur sini.

Jogging di Botanical Garden Waterfalls,  buang kalori kononnya sebelum makan pasemboq! Buang 299 tambah 2 billion calories kan…

 

FASHION

You know how much I am into fashion and shopping.  I found this  place called The Logo in Gurney Paragon. ‘Good deals’ lol like 30% to 50% @ The Logo, Gurney Paragon, Penang. Multi labels store from Fendi, Marc Jacobs, Just Cavalli to D Squared and Dirk Bikkemberg. Best sangat. Sempat sambar dua tiga butir!

 

FOOD.

Mee sotong paling sedap terletak di Food Court Fort Cornwallis. (Waze:  Hameed Pata Special Mee) (IMAGE ON TOP).   Terdapat dua jenis mee iaitu Mee Rebus yang diletak sambal tumis sotong dan mee goreng sambal sotong. My favourite is the latter. Saya mula merasai mee sotong ni sejak sekian lama (pernah kerja di Pulau Pinang) dan rasanya sama je dari dulu sampai sekarang. I am not sure jika ia dibuka sampai malam sebab selalunya makan disini waktu tengah hari. Cuba coconut shake pulak. Memang best!!

Pasemboq. Gerai pasemboq kegemaran saya ialah di Food Court Padang Kota Lama. Sila pilih gerai di bahagian Chinese, dia adalah satu-satunya gerai Muslim disitu..

Now you know why I am really enjoy my life.

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA.