Azam dan Kecewa di permulaan 2013
7 January 2013Nasi dagang lauk Samsung di Hai Peng, Kemaman!
10 January 2013Colour blocking mula menjadi gaya di dekad 1980an lagi tetapi ia kembali lagi beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun 2012 menyaksikan kebangkitan rona colour blocking; dimana-mana sahaja ada colour blocking termasuklah fesyen lelaki. CuteCarry ingatkan mungkinkah ia akan semakin pudar tetapi bila tengok runway untuk Spring Summer 2013 nampaknya colour blocking masih bertahan. Contohnya Salvatore Ferragamo Spring Summer 2013.
Colour blocking ini boleh juga dikategorikan sebagai kontra warna. Tetapi jika anda ingin menggayakan colour blocking, janganlah tersalah warna pula nanti bukan jadi colour blocking tapi eyes blocking.
CuteCarry ada style beberapa client yang ingin mencuba colour blocking dan ini adalah tips mudah untuk mereka yang ingin mencuba colour blocking:-
i. Pilih warna daripada satu kumpulan, contohnya warna lembut dengan warna lembut. Janganlah warna lembut dengan warna neon fluorescent pula. Walaupun ia kontra,warna perlu compliment each other. (tengok contoh Salvatore Ferragamo diatas). Tapi ingat imej diatas adalah runway look, bukan realway. Mungkin kurang sesuai.
Dato Fazley yang menggayakan colour blocking dan isteri Azrene Ahmad.
ii. Pilih tidak lebih daripada tiga atau paling maksimum empat warna paling menonjol. Terlalu banyak warna kontra akan menyebabkan ia dikategorikan colour busy! Tetapi jika corak pada baju warna lain boleh diterima jika tidak terlalu menonjol
iii. Lelaki selalunya tidak suka warna terlalu menonjol, apa kata hanya padankan colour yang menonjol dengan warna tali leher, kasut dan sebagainya.Contoh baju biru lembut plain/polos yang biasa dipakai dengan tali leher merah.
iv. Jika tidak pasti bagaimana hendak bermula, apa kata mulakan colour blocking dengan kasut, aksesori dan sebagainya. Contohnya jeans hitam, t-shirt putih dan kasut warna merah menyala.
Akhirnya..disebabkan ini adalah blog Cutecarry, dipersembahkan gambar CuteCarry dengan gaya colour blocking.
Gambar semasa preview filem Istanbul Aku datang.
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling dan juga untuk korporat seperti kursus penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini