SENANGNYA NAK MAKE UP
11 May 2016Teknik jawab telefon secara profesional
20 May 20161. Budak akaun wajib pakar dan pandai matematik
– tak semestinya. Accountacy tu ialah about concept.
2. Accountacy ialah nombor dan
debit kredit
– tidak tidak dan tidak. Macam-macam mak nenek moyang kena belajar waktu degree, ekonomi lekuk segala hingga komunikasi.
3. Lepas grad terus jadi akauntan- kebanyakkannya kena mula dari bawah, kena jadi akaun or audit assistant, kena belajar tulis cek, pi ulang alik office ke bank, data entry. My first job was account assistant.
4. Lepas grad terus kerja gaji banyak – hahahaha (gelak jahat).. contohnya saya dulu waktu kerja gaji agak sedih. Cer tanya kawan-kawan graduate akaun gaji permulaan. Kita akan start sikit dulu.. lepas tu baru naik dan boleh tahan lumayan (itu pun kalau nasib baik)
5. Budak akaun skema, kaki study dan boring.. takde life
– LOOK AT ME NOW. Enough said. Waktu study dulu I dan kawan-kawan sempat lepak lat cafe, pi tgk konsert dan fashion show (dan baca Vogue juga Harpers Bazaar juga kadang2 selak buku ‘nukilan’ Tan Liong Tong)
6. Semua budak akaun pandai urus duit belanja, sebab belajar akaun
-YOU SHOULD LOOK AT ME jugak. Dulu waktu student selalu pokai. Lol Belajar lain, urus duit sendiri lain. Tapi ada je budak akaun yg jimat cermat pandai urus duit waktu. Not me. Dah business ni baru pandai urus duit sikit-sikit.
7. SEMUA BUDAK ACCOUNTANCY MINAT AKAUN..
– Mitos paling LEGEND. Bukan semua yg ambik account minat account. Kadang kala ‘terambik”. LOL. Sama seperti saya.
Sempat kerja dlm bidang account selama 4 tahun je.. lepas tu tujar bidang. tongue emoticon
Tetapi akaun adalah asas untuk saya buat busines sehingga hari ini. Kalau tak belajar account mungkin lagi kelam kabut.
Rindunya zaman belajar dulu.
Saya dapat idea tulis entry ini setelah mengendalikan Grooming For Leaders bersama pelajat Fakulti Perakaunan.
Saya adalah graduate Bachelor Degree in Accountancy tapi bukan di Uitm.
Good luck to all accountant students.
Berminat menjemput saya hubungi talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com