Rawatan spa di Manjakaki (juga menangi treatment percuma)
14 May 2012Love Spell 2 by Zery Zamry
17 May 2012Jika terbaca tajuk diatas dan dengan sedikit fantasi dan pengubahsuaian kisah sebenar, entry ini mungkin boleh menjadi satu kisah sedih. Mungkin boleh diceritakan berkenaan kegigihan CuteCarry yang tidak mempunyai duit dan terpaksa menanggung keluarga dan bersusah payah mencari sesuap nasi sampaikan terpaksa naik bas untuk memberi ceramah.
Mungkinkah boleh masuk kisah TV3 “Bersamamu?”
Tetapi kisah sebenarnya, CuteCarry memilih bas kerana terlalu penat dan bab jimat duit tu mungkinlah juga. Yeah…memang terlalu jimat jika naik bas. Tetapi faktor utama ialah kepenatan melampau.
Hectic betul kehidupan CuteCarry pada awal Mei, bermula dengan China trip,badan tidak berapa sihat, pergi shooting program siaran sempena bulan puasa (nanti I akan ceritakan dalam satu entry) kena meeting, lepas tu kena ke Sabah pula dan pelbagai lagi. Penyelesaianya ialah naik bas.
Tetapi adakah selesa naik bas? Dengar dulu nak cerita na…
CuteCarry ambil bas daripada stesen Putrajaya (CuteCarry tinggal area Seri Kembangan) ke Kuala Kangsar. Bus Transnasional memang datang tepat pada masanya iaitu tak salah jam 7.30pm. CuteCarry pun rasa gembira lah sebab mungkin sampai cepat ke Kuala Kangsar tetapi TIDAK.Walaupun bertolak awal, bas tersebut BERHENTI di Puchong menurunkan penumpang. Ingatkan dah turunkan penumpang teruslah perjalanan tetapi bas tu boleh relax hampir setengah jam! Tensionnya… Disangka dah berakhirlah tension bila bas meneruskan perjalanan tetapi ia berhenti sekali lagi di Hentian Jalan Duta dalam masa sekitar setengah jam, (or maybe more). Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar tiga jam menjadi lebih kurang 5 jam lebih!! Hampir pukul 1 pagi baru sampai Kuala Kangsar. Ditambah dengan kerusi yang tidak selesa, CuteCarry memang penat!
Can you imagine? This is an ultimate predicament!!
Pihak Transnasional mungkin boleh membuat sesuatu berkenaan perkara ini.
Esok pagi-pagi bangun dan bapa saudara CuteCarry hantar ke Ipoh untuk ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (PPPM) or ICU Perak.
Walaupun penat, CuteCarry tetap cuba memberikan yang terbaik untuk ICU Perak. Happening juga orang Perak ni..ada lah seorang dua orang kuale yang mengenali keluarga CuteCarry (satu kampung waktu CuteCarry belum lahir). Lagipun orang kuale ni pusing sana-sini pun kenallah juga.
Best dengan ICU Perak ni, sporting sangat. Bos besar dia pun mula-mula tersilap panggil CuteCarry, Cut Tari!! Kelakar sangat.. (kalau pose gaya Cut Tari, pengsan…!)
Kelas adalah sehari suntuk dan Cutecarry kena bergegas pulang ke KL pada hari yang sama, naik bas juga di Medan Gopeng. Bas tu buat satu tour dan hanya keluar di tol Kampar setelah berhenti di Petronas beberapa ketika. Persoalannya sekarang, jika hendak isi minyak ke apa ke kenapa tak buat sebelum tu?
Transnasional, please lah…
Apa-apa pun jika ingin mendapatkan khidmat CuteCarry, boleh call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. Click here for details.