CuteCarry telah ditugaskan mengendalikan kursus Amalan 5s di Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan yang terletak di Bangsar. Lokasinya agak mudah iaitu terletak di sekitar pekan lama Bangsar (bukan area Jln Telawi semua tu). Tetapi disebabkan oleh CuteCarry tidak begitu mengambil tahu tentang keadaan sekeliling agak confuse juga pada mulanya. Akhirnya bertemu juga IKU di Klinik Pergigian Bangsar. Walaupun CuteCarry dah memang biasa sangat dengan tempat tersebut tetapi tetap teraba-raba mencari tempatnya. Syukur akhirnya sampai.
Bangunan ini agak lama, iaitu dibina sekitar tahun 1960an. Sebab itulah masih ada mural seperti ini. Bangunan sekarang rasanya susah hendak ada lukisan mural melambangkan keMalaysian. Penuh artistik dan menarik.
5s bukanlah sesuatu yang hanya untuk bangunan baru . Teringat CuteCarry sewaktu di London dan negara-negara Eropah yang lain, banyak bangunan yang lama tetapi masih digunakan. Struktur asal masih dikekalkan tetapi hanya ditambah kemudahan terbaru didalam bangunan. Harapan CuteCarry agar Malaysia akan mengamalkan perkara yang sama. Ini asyik nak runtuhkan bangunan lama untuk bangunan baru je gayanya. Bagaimana hendak mengekalkan warisan dan sejarah kita?
Amalan 5s memang telah diamalkan di IKU dan CuteCarry mengendalikan bengkel ini untuk memperbaiki konsep 5s yang sedia dilaksanakan. Tetapi bukan setakat memberi konsultasi, CuteCarry pun diberi konsultasi oleh pakar diet (dietitian) IKU iaitu Dr Safiza.
CuteCarry bersama CC Rosliza (tudung hijau) dan Dr Safiza. Kita minum teh tarik low fat milk. Sedap…macam teh tarik condensed milk!
Antara nasihat yang diberikan ialah jangan mengambil supplemen secara berlebihan.Ini adalah kerana supplemen yang berlebihan berkemungkinan akan memberi mudarat kepada badan kita. Jika kita mula merasa perubahan setelah beberapa bulan mengambil supplemen, mungkin kita patut berhenti. Apa yang utama, ikutilah nasihat doktor berkenaan pengambilan supplemen.
Supplement juga perlu diambil kerana kita memerlukannya bukannya kerana kawan atau hairstylist kata kita patut ambil supplement tersebut (bercakap berdasarkan kes CuteCarry sendiri!). Ia adalah makanan tambahan dan ingatlah konsep bahawa apa sahaja yang berlebihan tidak baik untuk tubuh kita.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal juga kita perlu makan mengikut waktu seperti nasihat Dr Safiza makan sarapan sebelum jam 8.00 pagi, makan tengah hari sekitar 11.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari dan malam ialah jam 6.00 pm hingga 8.00 pm. Makanan perlulah diambil didalam kuantiti yang sederhana. Mungkin boleh dipraktikkan?
Macam-macam lagilah yang CuteCarry dapat maklumat berkenaan dengan pemakanan sihat. Jika hendak tahu lebih lanjut dan ingin menjemput beliau bagi talk berkenaan dengan pemakanan sihat, boleh hubungi Dr Safiza di IKU. Beliau adalah certified dietitian dari University of NewCastle, UK.
Konsultasi 5s CuteCarry bukanlah hanya melibatkan ceramah dalam kelas sahaja tetapi juga praktikal di ruang pejabat masing-masing. Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, bolehlah menghubungi di talian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.
CuteCarry di perpustakaan IKU,memang kemas..
List kursus anjuran CuteCarry ialah:-
Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
Ketrampilan Diri
Protokol dan Etiket sosial
Protokol Majlis Rasmi
Pengendalia majlis dan acara
Komunikasi
Pengurusan Pelanggan
Pengucapan awam
Pengacaraan (emcee)
Penulisan Teks
Persekitaran dan Amalan 5 S
Motivasi
Pengurusan Kewangan Peribadi
Kepimpinan
Pengurusan dan Kecermelangan Pentadbiran
Kecemerlangan penyeliaan
Pemikiran Kreatif
Law of Attraction (LOA)
Pengurusan masa
Pengurusan stress/tekanan
Pengurusan kewangan kerajaan
Cuba cari mana CuteCarry?
Leave a Reply