Kursus CuteCarry bersama orang-orang SAINS!! (MOSTI)
13 March 2014Sepagi bersama Kelab Mutiara Putrajaya
6 April 2014Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JKM) dengan penganugerahan sebagai Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 5 dalam bidang PERUNDINGAN IMEJ.
CuteCarry adalah orang ketiga yang menerima SKM Tahap 5 ini dalam Bidang Perundingan Imej. Ia adalah satu penghormatan kerana sebelum ini tiada bidang perundingan imej yang diiktiraf oleh kerajaan.
Pengiktirafan ini bukanlah melalui peperiksaan atau menghadiri kelas tetapi diatas sumbangan CuteCarry didalam bidang perundingan imej Malaysia dan juga pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS) dalam bidang perundingan imej.
Bidang ini adalah bidang yang sudah lama bertapak di Malaysia tetapi satu standard yang diiktiraf tidak pernah wujud. Oleh itu, perunding imej di Malaysia mempunyai bidang kepakaran yang berbeza. Ramai yang mempunyai bakat dan minat tetapi disebabkan oleh tiada badan yang mengiktiraf, mereka takut untuk masuk kedalam bidang ini. Perunding-perunding imej di Malaysia terpaksa mencari pengiktirafan daripada badan luar Negara.
Ada juga yang mengaku sebagai perunding imej bertauliah tetapi hakikatnya mereka bukanlah seperti itu. Oleh itu, pelanggan tidak berpuas hati dan merosakkan imej profesion perundingan imej di Malaysia.
Terima kasih diucapkan oleh Kerajaan Malaysia diatas pengiktirafan ini.
If you interested to know more about my training please click here
List of clientele, please click here
Trainer bio please click here
Or call me at 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com