Panggilan ‘sis’ dan ‘awak’ kurang profesional?

Saya ada terbaca berkenaan tentang isu panggilan profesional yang viral di media sosial. Ia adalah mengenai perdebatan berkenaan panggilan ganti nama yang digunakan ketika berinteraksi dalam perniagaan.
Kita hidup didalam dunia serba moden. Urusan adalah melalui whatapps, email dan media sosial.

Interaksi dengan pelanggan adalah penting. Ada yang menyatakan bahawa jangan guna perkataan ‘sis’, ‘bro’ atau ‘awak’ ketika berinteraksi dengan pelanggan kurang profesional. Ada pula yang tak setuju. Relaks.. jangan gaduh-gaduh. Saya ingin memberi pandangan saya berkenaan isu ini.

Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum kita putuskan apakah panggilan yang sesuai ketika berurusan.

RASMI

Jika urusan rasmi seeloknya gunalah terma rasmi seperti Encik, Puan, Dato’, Tuan dan sebagainya. Sebagai contoh jika anda berurusan dengan syarikat korporat atau jabatan kerajaan melalui email atau whatapps, cuba lah guna terma rasmi diatas. Syarikat saya berurusan sepenuhnya dengan syarikat korporat dan jabatan kerajaan. Tidak sekali-kali saya pernah menggunakan perkataan ‘awak’, ‘bro’, ‘aku’ atau ‘kamu’. Jika dia ada gelaran Dr, team saya pasti akan menggunakan gelaran tersebut.

Saya pernah berurusan dengan calon yang berminat untuk bekerja dengan saya. Bila saya atau pembantu mula berurusan dengan mereka melalui whatapps, mereka menggunakan perkataan ‘awak’ dan ada yang panggil saya ‘bro’.
Kisah benar ye.. ada calon panggil saya ‘bro’ dan ‘awak’. Saya bakal majikan dia.

Saya tidak boleh bayangkan jika dia berurusan dengan pelanggan saya daripada golongan atasan di sektor awam dan swasta.  Kemusnahan imej pada syarikat saya jika dia mula memanggil seorang ketua jabatan sebagai ‘awak’!

 

TIDAK RASMI

Ini adalah untuk urusan tidak rasmi. Ini selalunya berlaku jika anda terlibat didalam urusan perniagaan untuk menjual kepada orang perseorangan.

Jika pelanggan sudah mula membahasakan diri beliau sebagai ‘kakak’, ‘sis’ atau ‘abang’, berkemungkinan dia lebih selesa anda berinteraksi secara sedemikian. Jika kita terus menerus memanggil dia ‘Puan’ atau ‘Encik’, mungkin dia akan kurang selesa.

Kesimpulannya, anda perlu buat konsep ‘mirroring’ atau cermin. Cuba untuk menjadi seperti (blend in) dan sesuaikan diri dengan gaya pelanggan.

Saya mempunyai ramai pelanggan dan mula menjadi kawan. Pada permulaan saya memanggil mereka puan atau encik tetapi situasi berubah.  Perhubungan mula rapat dan beberapa kali membuat program, mereka mula membahasakan diri sebagai ‘akak’ atau ‘abang’.  Saya pun mulalah memanggil mereka dengan gelaran tersebut.

Jika ingin selamat, mulakan perbualan dengan memanggil mereka gelaran tinggi dahulu. Kita perlu sesuaikan diri.

Saya amat sibuk dengan urusan mengendalikan latihan diseluruh negara dan Singapura.

 

Thank you very much for the Institute for Medical Research for the trust for me to conduct Rebranding Course. They are experts in multiple medical fields but yet so humble . Im blessed.

3

Lihatkan gelaran mereka. Saya je yang tiada gelaran. Saya sentiasa panggil mereka gelaran Dr atau Dato. Respect.

1

2

12

 

Kursus selama 3 hari 2 malam telah dibuat di Port Dickson. Sungguh bertuah  mendapat pemandangan yang cantik seperti ini ketika didalam bilik tidur dan seminar!

 

1

Sejurus selesai di Port Dickson, saya ke Sik, Kedah.

Kursus Hospitaliti untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

1

Puas menikmati bayu laut di Port Dickson, saya mula menikmati kesejukan kawasan kampung di Sik. Tenangnya…

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=2PouH1PmxFo[/youtube]

Terima kasih terhadap maklumbalas yang amat positif.

1

Next stop. Singapore.  Rebranding Customer Service Project. Such an important project for CuteCarry Sdn Bhd (semua job important tapi ni lite2 CuteCarry goes international!)

Jika di Singapura, jangan lupa singgah di Agrobazaar Singapore di Sultan Gate, berdekatan dengan kawasan Malay Heritage.

1
3

2

1

Of course.. I can’t help myself when I am in Singapore. Murtabak Zam Zam.

1

Selatan ke Pantai Timur. CuteCarry bergegas ke Kuantan untuk seminar Komunikasi dan Keterampilan untuk Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

23

Terima kasih diatas maklumbalas yang amat positif.

5-kuantan

Wahh..tak sangka ada juga followers saya di Kuantan yg kenal saya kan. Waktu berjogging di Tasik Indera Mahkota ada followers yg tegur-tegur tapi sorry I cuma sempat senyum dan tak berhenti untuk selfie dan berbual sebab badan dan muka berpeluh jantan (walaupun wangi kut sebab sembur perfume before jogging) dan I nak cepat habis jogging. Masa terhad tadi. Bukan sombong tau …

Saya ingin stay di Kuantan tetapi tugasan lain yang menunggu.

4-dbkl

Tugasan selepas Kuantan ialah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk Kursus Peningkatan Kualiti dan Pengurusan Pelanggan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=mpWIehQiEr8[/youtube]

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=HBdfGVo9u3s[/youtube]

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=uSRXm8a8v5A[/youtube]

Klik video untuk testimoni kursus.

1

Yeay… markah penuh.

 

Selesai sahaja bersama DBKL saya terus ke Kuala Terengganu.

Memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Letih? Semestinya tetapi saya amat menyukai kerja saya.

 

 

1

 

 

 

1

Gen Management at the Workplace. One of my latest offerings formy clients. Participants from all over Terengganu.
Thank you very much orang Terengganu. Special thanks to Universiti Zainal Abidin (UNISZA).

Seminar Gen Management ini adalah berkenaan bagaimana untuk mengawasi perbezaan Generasi di dalam pejabat. Kita ada Gen Y, Gen X, Baby Boomers dan akan muncul Gen Z.

Kursus dibuat di Sumai Hotel & Apartment dan tidak jauh dari lokasi seterusnya iaitu Primula Beach Hotel.

1

Bercakap berkenaan Primla Beach Hotel, saya amat suka nasi dagangnya.

1

So much fun with beautiful & handsome participants from CIDB Terengganu.
Thank you very much to En Aniss, Pengarah CIDB Terengganu for your trust.

Kursus 3 hari 2 malam
Pemantapan Imej Profesional CIDB bersama CuteCarry.

1

Great positive feedback.

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=bj7p1mXT9p8[/youtube]

Testimoni daripada En Annis bin Othman, Pengarah CIDB Terengganu.

Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?

Kursus bukan sahaja didalam bidang imej, penampilan, protokol dan komunikasi tetapi pada tahun ini kami mempelbagaikan perkhidmatan seperti kursus MOTIVASI, TEAM BUILDING, NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING, PEMBINAAN KERJAYA dan PELBAGAI LAGI.

Sila klik disini. atau hubungi 012 473 3545   atau 0193290397

Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.