home Training Pelajar lelaki Kolej Profesional MARA Ayer Molek dan khazanah Baba House, Jonker Street

Pelajar lelaki Kolej Profesional MARA Ayer Molek dan khazanah Baba House, Jonker Street

CuteCarry telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan Perfect Guy untuk pelajar-pelajar di Kolej Profesional MARA di Ayer Molek, Melaka. Kisahnya, CuteCarry terkeliru di Melaka. Waze menunjukkan yang Kolej Profesional MARA terletak di Bandar Melaka dan tanpa rasa ragu CuteCarry terus mengikut laluan waze. Walaubagaimanapun, setelah berhubung dengan Puan Hayati Hashim, barulah tersedar yang CuteCarry tersalah jalan. Tanpa berlengah, CuteCarry pun mengarahkan WAZE ke arah Ayer Molek.Akhirnya sampai tepat pada masanya!

Besar dan luas ruang yang diberikan.

Tetapi hari lagi gembira bila ia dipenuhi ramai pelajar. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

CuteCarry telah berkongsi pelbagai panduan dan tips untuk imej pelajar-pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Panduan dan tips yang diberikan ringkas dan padat supaya ia mudah difahami oleh pelajar-pelajar lelaki.

Terima kasih kepada Pengarah Kolej, Puan Hayati Hashim. C for CuteCarry!! Mesra dan mudah didekati..

CuteCarry juga telah tidur semalam di salah satu butik hotel kegemaran CuteCarry iaitu Baba House yang terletak di Jonker Street. Cutecarry terasa seperti berada di zaman dahulu ketika melangkah masuk ke hotel ini. Sudah beberapa kali CuteCarry menginap disini dan agak tertarik cuma minta agar penghawa dingin dikuatkan (or probably I am so darn hot, I mean the temperature!)

Tribal dan Heritage. Kemeja daripada Kitschen, Mahkota Parade, Melaka (RM49.90). CuteCarry membeli kemeja tersebut kerana terlupa membawa pakaian ke Melaka, oleh itu terpaksa membuat SHOPPING KILAT dengan membeli seluar (Padini), underwear (Renoma) dan sehelai T-shirt- (Kitschen).

Comments

comments

Leave a Reply