Baju Kahwin Liyana Jasmay oleh Jovian Mandagie
26 December 2012Dapat duit dengan hanya menjawab survey!!!
1 January 2013Jika dihitung dalam sebulan, hampir setengah sebulan Cutecarry akan bermalam di hotel. Kerjaya CuteCarry yang mengendalikan kursus sebagai consultant/speaker dan sebagainya memerlukan hari-hari outstation yang amat tinggi. Berpuluh-puluh hotel telah CuteCarry bermalam dan bermacam-macam ragam. Ada yang ok dan ada yang tidak. CuteCarry bukanlah jenis yang terlalu cerewet,asalkan bilik bersih (kita berkongsi dengan ramai orang, so bilik kena bersih), ada kemudahan yang diperlukan, laundry yang boleh diharap dan cepat juga kalau CuteCarry call ada orang menjawab. Tetapi ketika ada kursus anjuran sebuah agensi kerajaan di Port Dickson, Cutecarry ada pengalaman yang kurang best. Ia bermula sejak daripada CuteCarry mendapatkan kunci di lobi.
Pandangan daripada bilik CuteCarry! Cuba teka di mana hotel ini? Hint: Port Dickson dan namanya ambil gelaran seseorang yang sangat grand, walaupun…
Peristiwa di Lobi
Jelas sekali yang petugas di lobi tidak dilatih melayan pelanggan dengan betul. Tiada ucapan selamat dan tiada senyuman (kita bukan minta pun, tapi at least pandai-pandailah). Adik, jika tidak suka bertugas di front office, apa kata bertugas di bilik laundry?
Peristiwa di bilik
Cutecarry pun didalam keadaan kepenatan kerana baru drive daripada tempat ourstation yang lain, CuteCarry pun naik ke tingkat bilik dan menggunakan kad untuk buka pintu. Tetapi malangnya, kad tersebut tidak dapat digunakan. So, CuteCarry pun turun ke kaunter untuk memberitahu tentang kad yang tidak boleh digunakan. Sesudah diberitahu, petugas dikaunter (lelaki tinggi) tersebut seakan-akan cuba untuk memberitahu kad tidak boleh digunakan, tetapi CuteCarry tetap menegaskan yang kad tidak boleh digunakan. Heiiii….takkanlah I nak tipu pula kan. Beliau pun naik lif bersama CuteCarry. Tiada komunikasi didalam lif dan Cutecarry pun terus bersama beliau dengan muka masam mencuka ke pintu bilik. Beliau cuba menggunakan kad CuteCarry dan ternyata memang tidak boleh!!! Akhirnya dengan menggunakan kad beliau, baru boleh. So, seperti yang dijangka, TANPA MEMINTA MAAF beliau terus meninggalkan CuteCarry!!
Peristiwa tiada tuala
Masuk didalam bilik,tuala tiada! CuteCarry akan ada kelas dalam masa beberapa jam dan memerlukan mandi ye adik-adik ku. CuteCarry call beberapa kali tetapi tidak berjawab. Akhirnya telefon berjawab dan CuteCarry pun memberitahu yang saya memerlukan tuala. Tunggu punya tunggu tetap tidak sampai. CuteCarry pun call lagi dan jawapannya; TUALA TIADA sebab CUTI SEKOLAH dan RAMAI GUEST DATANG. Itulah jawapan yang diterima CuteCarry!
Bad, bad answer!
Wait.. I am your hotel guest and do I need to know your problem? I just need my towel.
Masalah sama ada hotel itu mempunyai tuala yang cukup atau tiadak sepatutnya berlaku. Hotel tersebut telah menerima booking untuk pelanggan bermalam disitu dan sepatutnya persediaan telah dibuat.
Tetapi sebenarnya jika tiada tuala pun sekurang-kurangnya MINTA MAAF. Bukanlah susah sangat hendak memohon maaf, kalau cakap ‘sorry’ at least sejuk juga hati tetapi kakitangan itu langsung tidak reti meminta maaf.
Agaknya staff disini memang tidak reti memohon maaf kut.
ADEGAN MELAPORKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN
Akhirnya setelah menunggu agak lama, dapat jugalah tuala. Mandi dan CuteCarry pun terus bagi talk. Im sure it is a success sebab lepas talk ramai yang suruh CuteCarry stay dan bertanya banyak soalan.
Sejurus selepas itu, pihak urusetia pun memanggil pihak pengurusan. CuteCarry report daripada A to Z. Beliau adalah seorang a sweet young lady dan mendengar my predicament (?). Beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah yang menguruskan hal ehwal front office dan housekeeping tetapi hanya sekadar pengganti. Beliau memohon maaf (akhirnya!).
Tetapi rasanya tidak sanggup lagi CuteCarry untuk tidur di hotel tersebut. Malam itu juga sekitar jam 11.00 malam CuteCarry pack my stuff and check out, terus ke Melaka untuk talk keesokan harinya. Tidak sanggup untuk tidur disitu!
Pengurusan Pelanggan adalah menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. CuteCarry memberi latihan kepada pengurusan pelanggan dan ada beberapa perkara yang ditekankan oleh CuteCarry memang perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini